Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP)

Kaedah Bayaran Balik:

  1. Peminjam

    1. Potongan maksimum sebanyak RM500.00 bagi setiap semester daripada jumlah pengeluaran pinjaman akan dibuat mulai pada semester pertama atau berikutnya untuk bayaran balik WPP.

    2. Jumlah WPP yang belum diselesaikan akan dianggap sebahagian daripada pinjaman.

  2. Bukan Peminjam

    1. Penerima WPP yang tidak memohon pinjaman PTPTN hendaklah menjelaskan keseluruhan WPP sebelum bulan ke 9 dari tarikh waran.

    2. Ta'widh sebanyak 1% setahun akan dikenakan ke atas baki yang belum dijelaskan bermula bulan ke 9 daripada tarikh waran.

    3. Penangguhan bayaran balik WPP tidak akan dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, penerima WPP boleh membuat rayuan bayaran balik secara ansuran maksimum 24 kali bayaran.