Klik pada senarai di bawah untuk melihat Borang berkaitan Pinjaman PTPTN. Untuk makluman, dokumen adalah di dalam format Adobe Acrobat (*.pdf) kecuali borang online dan seperti yang dinyatakan.
Bil. | Nama Borang | Keterangan | Muat Turun |
---|---|---|---|
1. | Borang Permohonan Pendaftaran IPT/ Kursus Untuk Kemudahan Pinjaman Pendidikan PTPTN | Borang ini bertujuan untuk pendaftaran IPT/ kursus untuk mendapatkan kemudahan Pinjaman pendidikan PTPTN. | |
2. | Borang Penetapan Tarikh Urusan Pinjaman Pendidikan PTPTN Secara Berjadual | Borang ini bertujuan untuk digunakan oleh IPT dalam menentukan julat semester bagi pengajian yang ditawarkan di IPT berkenaan. | |
3. | Borang Pengesahan Pendapatan | Borang ini bertujuan untuk pengesahan pendapatan keluarga peminjam. Borang ini perlu diserahkan bersama-sama dengan borang permohonan pinjaman pendidikan PTPTN. | |
4. | Borang Pengesahan Pemilihan Bank Pembayar Bagi Pengeluaran Pinjaman Pendidikan PTPTN | Borang ini bertujuan untuk digunakan oleh IPT dalam menentukan pemilihan bank pembayar bagi pengeluaran Pinjaman pendidikan PTPTN. | |
5. | Borang Pembatalan Perjanjian dan Penolakan Pinjaman Pendidikan PTPTN | Bagi memaklumkan hasrat untuk membatalkan perjanjian dan penolakan Pinjaman pendidikan kerana dapat penaja lain atau berhenti/ gagal pengajian. | |
6. | Borang Permohonan Salinan Dokumen Perjanjian Pinjaman Pendidikan | Borang ini bertujuan untuk peminjam yang telah kehilangan salinan asal dokumen perjanjian yang telah diberikan sebelum ini dan memohon sesalinan dokumen perjanjian PTPTN bagi tujuan Pengeluaran KWSP atau untuk simpanan peminjam. | |
7. | Borang Permohonan Pertukaran Kursus | Borang ini digunakan oleh peminjam yang ingin meneruskan Pinjaman PTPTN setelah mendapat kelulusan pertukaran program daripada IPT. | |
8. | Borang Permohonan Tuntutan Takaful Pinjaman / Simpan SSPN Prime | Kemudahan waris membuat laporan kematian/ keilatan peminjam & pendeposit/ penerima manfaat Simpan SSPN Prime serta tuntutan perlindungan insurans/ takaful. | |
9. | Borang Perubahan Maklumat Pelanggan | Borang ini bertujuan untuk pelanggan membuat sebarang perubahan maklumat. | |
10. | Borang Laporan Perubatan Bagi Kes Tuntutan Keilatan Kekal Menyeluruh Pinjaman | Borang ini bertujuan untuk digunakan oleh peminjam yang disahkan mengalami keilatan kekal menyeluruh bagi memohon tuntutan perlindungan takaful. | |