Penyata Pinjaman Online

Penyata Pinjaman Online

“Encik, berapa baki pinjaman saya sekarang ye?”

“Tuan, boleh saya tahu berapa ansuran bulanan saya?”

“Hai Miss, saya tak pernah buat bayaran. Berapa ye tunggakan saya?”

“Saya dah buat bayaran minggu lepas. PTPTN ada terima tak?”

 

Tahukah anda semua maklumat ini boleh diperolehi semudah ABC. Hanya di hujung jari.
Tidak perlu bersusah payah ke kaunter atau melawati live chat di media sosial bagi mendapatkan info. Akses sahaja ke Penyata Online di Portal PTPTN atau klik di link ini:

https://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman/

Penyata Online PTPTN akan memaparkan baki pinjaman terkini anda, tunggakan, ansuran bulanan dan setiap transaksi bayaran balik anda.

Bagi pengguna kali pertama, anda perlu menghubungi PTPTN bagi mendapatkan kata laluan.

Mengapa bersusah payah jika ada cara yang lebih mudah? Pilihan di tangan anda!