Bermula 01 Januari 2019, PTPTN dengan kerjasama Kiosk Media Sdn Bhd telah menambah saluran perkhidmatan melalui Digi Kiosk bagi tujuan bayaran balik pinjaman PTPTN di semua Digi Store dan caj bagi setiap transaksi adalah berjumlah RM1.00.
Senarai cawangan yang menawarkan perkhidmatan kiosk boleh dicapai melalui pautan berikut: https://new.digi.com.my/support/digi-store
Untuk panduan bayaran, sila klik di sini.
Semoga dengan penambahan saluran baharu ini dapat memberi kemudahan kepada semua peminjam PTPTN untuk membuat bayaran balik.