Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.
FUNGSI PTPTN :
-
Menguruskan pinjaman untuk tujuan pendidikan tinggi dan mengutip bayaran balik pinjaman;
-
Menyediakan skim simpanan dan mengurus deposit untuk tujuan pendidikan tinggi; dan
-
Melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis.