Piagam Pelanggan

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) komited untuk menguruskan pinjaman pendidikan kepada pelajar, menerima deposit untuk simpan SSPN dan lain-lain fungsi mengikut Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) dengan profesionalisme dan akauntabiliti yang tinggi dan berkesan.

Kami berjanji akan :

  1. Memproses permohonan pinjaman yang lengkap dalam tempoh 5 hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan mengikut kelompok yang ditetapkan;

  2. Memastikan pengeluaran pinjaman baharu dibuat tidak melebihi 20 hari bekerja selepas dokumen perjanjian pinjaman yang sempurna diterima mengikut kelompok yang ditetapkan;

  3. Memastikan pengeluaran pinjaman berikutnya dibuat tidak melebihi 7 hari bekerja dari tarikh pemprosesan pengeluaran pinjaman;

  4. Memproses permohonan pembukaan akaun Simpan SSPN tidak lebih 14 hari bekerja selepas penerimaan dokumen permohonan yang lengkap;

  5. Memproses permohonan pengeluaran/ penutupan akaun Simpan SSPN tidak lebih 14 hari bekerja selepas penerimaan borang permohonan yang lengkap; dan

  6. Memberi maklum balas segera ke atas semua pertanyaan dan aduan pelanggan dalam tempoh tidak lewat dari 7 hari bekerja selepas pertanyaan dan aduan diterima.

Klik pada senarai di bawah untuk melihat Laporan Prestasi Piagam Pelanggan PTPTN. Untuk makluman, dokumen adalah di dalam format Adobe Acrobat (*.pdf).

Tajuk Muat Turun
Tahun 2021
Laporan Prestasi Piagam Pelanggan Jun 2021
Laporan Prestasi Piagam Pelanggan Mei 2021
Laporan Prestasi Piagam Pelanggan April 2021
Laporan Prestasi Piagam Pelanggan Mac 2021
Laporan Prestasi Piagam Pelanggan Februari 2021
Laporan Prestasi Piagam Pelanggan Januari 2021