-
Penawaran Ujrah terbuka kepada semua peminjam konvensional (kecuali penerima WPP bukan peminjam).
-
Pertukaran pinjaman kepada pinjaman Ujrah (1%) layak kepada semua peminjam KECUALI;
- Peminjam disahkan meninggal dunia atau ilat; atau
-
Peminjam yang telah mendapat pengecualian bayaran balik kerana mendapat Ijazah Kelas Pertama.
-
Berkuatkuasa 1 Julai 2015 peminjam perlu menjelaskan sekurang-kurangnya 50% jumlah tunggakan, kos penguatkuasaan dan kos pelbagai (sekiranya ada) terlebih dahulu sebagai komitmen peminjam untuk membolehkan tawaran Ujrah diproses. Peminjam perlu memaklumkan kepada PTPTN selepas bayaran dibuat.
- Bermula 13 Jun 2017 semua kos yang berbaki di dalam pinjaman Konvensional akan dimasukkan di dalam Jumlah Pinjaman semasa pertukaran pinjaman Konvensional kepada pinjaman Ujrah. Jumlah ini akan dikenakan takaful baharu. Sekiranya terdapat lebihan ke atas jumlah yang dikenakan, pemulangan akan dibuat kepada peminjam selepas penyelesaian penuh hutang pinjaman.
-
Asas tempoh bayaran balik adalah berdasarkan Jumlah Prinsipal Ujrah.
Jumlah Prinsipal Ujrah Tempoh Bayar Balik RM 10,000.00 dan kebawah
60 bulan (5 tahun)
Melebihi RM 10,000 hingga RM 22,000
120 bulan (10 tahun)
Melebihi RM 22,000 hingga RM 50,000
180 bulan (15 tahun)
Melebihi RM 50,000
240 bulan (20 tahun)
-
Walau bagaimanapun, peminjam boleh membuat rundingan untuk melanjutkan tempoh bayaran balik melebihi tempoh yang telah ditetapkan dengan membuat penstrukturan semula. Kos upah 1% akan dikenakan sepanjang tempoh tersebut.
-
Bagi peminjam yang ingin memanjangkan tempoh bayaran balik, perlu mengemukakan salinan slip gaji terkini atau penyata KWSP atau penyata pendapatan (bagi yang bekerja sendiri).
-
Had umur maksimum bagi tempoh bayaran balik pinjaman pendidikan Ujrah adalah sehingga 60 tahun tertakluk kepada rundingan dan persetujuan PTPTN.
Permohonan pertukaran Ujrah boleh dilakukan melalui kaedah berikut:
Bil | Kaedah | Tempoh Masa Pengeluaran Dokumen Tawaran |
---|---|---|
1. |
Kaunter PTPTN |
Dokumen Tawaran akan diserahkan pada hari yang sama ketika urusan permohonan ujrah dilakukan di kaunter. |
*Dokumen tawaran hendaklah dilengkapkan dan dikembalikan kepada PTPTN sebelum tamat tempoh sah laku.
Peminjam hendaklah memulangkan semula perjanjian yang telah dilengkapkan beserta Setem Hasil selewat-lewatnya 14 hari daripada tarikh tawaran pertukaran Ujrah.
Jika gagal, peminjam hendaklah membuat permohonan semula pertukaran Ujrah dengan jumlah prinsipal berbeza disebabkan penambahan kos pentadbiran.