Penyenaraian Peminjam Dalam CCRIS

Penyenaraian Peminjam Dalam Central Credit Reference Information System (CCRIS)

Semua peminjam yang sepatutnya membuat bayaran balik selepas 12 bulan tamat tempoh pinjaman akan disenaraikan dalam CCRIS.

Semakan hendaklah dibuat secara terus di kaunter dan kiosk mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia (BNM) sahaja.

Peminjam perlu membuat bayaran secara konsisten mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan oleh PTPTN bagi mengelakkan tunggakan demi memastikan rekod CCRIS berada dalam keadaan baik. Sekiranya rekod di CCRIS menunjukkan terdapat sebarang bulan tunggakan, berkemungkinan permohonan pinjaman tidak dipertimbangkan oleh institusi kewangan. Walau bagaimanapun, kelulusan sesuatu pinjaman yang dipohon adalah tertakluk kepada budi bicara dan bidang kuasa institusi kewangan tersebut.

Semua rundingan mengenai pinjaman PTPTN sama ada penyelesaian hutang pinjaman atau penstrukturan semula pinjaman hendaklah dibuat dengan PTPTN melalui saluran berikut:

  1. Pusat Panggilan (Careline) di talian 03 2193 3000;

  2. Hubungi Eksekutif Pemasaran atau hadir ke cawangan PTPTN