Notis Bayaran Balik.
Notis Bayaran Balik akan dihantar kepada peminjam pada bulan ke tiga belas (13) selepas tamat pengajian.
Peringatan Pertama Dan Kedua.
-
Peringatan Pertama akan dikeluarkan sekiranya peminjam tidak memberi maklum balas dalam tempoh 30 hari (1 bulan) dari tarikh Notis Bayaran Balik dikeluarkan;
-
Peminjam yang telah menerima Peringatan Pertama hendaklah membuat bayaran/ memberi maklum balas dalam tempoh 30 hari (1 bulan); dan
-
Peringatan Kedua akan dikeluarkan kepada peminjam jika tidak membuat bayaran dan tidak memberi maklum balas dalam tempoh 30 hari (1 bulan) dari tarikh Peringatan Pertama dikeluarkan.