1. Syarat-syarat pengecualian bayaran balik pinjaman:
-
Mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara Sepenuh Masa;
-
Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama oleh IPT;
-
Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN;
-
Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain;
-
Kursus/ Program yang diikuti oleh peminjam di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam tempoh pinjaman dikeluarkan;
-
Mengemukakan permohonan di dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen; dan
-
Dikategorikan daripada keluarga B40 dan M40 berdasarkan maklumat pendapatan ketika memohon pengecualian bayaran balik (terpakai kepada peminjam yang tamat pengajian mulai 1 Januari 2019).
2. Kaedah pengecualian bayaran balik pinjaman:
Peminjam perlu memohon secara online di Portal PTPTN - Pengecualian Ijazah Kelas Pertama selewat-lewatnya dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen.
3. Dokumen yang perlu disertakan:
Bil.
|
Peminjam yang menamatkan pengajian sebelum 1 Januari 2019
|
Peminjam yang menamatkan pengajian mulai 1 Januari 2019
|
---|---|---|
1. |
Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan (Skrol). |
Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan (Skrol). |
2. |
Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan. |
Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan. |
3. |
Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS). |
Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS). |
4. |
Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan "Kelas Pertama" pada Ijazah). |
Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan "Kelas Pertama" pada Ijazah). |
5. |
Surat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/ transkrip). |
Surat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/ transkrip). |
6. |
- |
Dokumen pendapatan ketika memohon pengecualian bayaran balik mengikut kategori yang ditetapkan*.
*(mana-mana yang berkaitan) |
*Cop pengesahan hendaklah mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan.