Syarat-syarat Pembukaan Akaun Simpan SSPN Prime

Syarat-syarat:

  1. Pendeposit dan penerima manfaat kepada akaun Simpan SSPN Prime hendaklah warganegara Malaysia;

  2. Pendeposit boleh juga membuka akaun untuk dirinya sendiri;

  3. Setiap pendeposit hanya boleh membuka satu akaun untuk setiap penerima manfaat yang sama;

  4. Penerima manfaat mestilah berumur antara 1 hari sehingga sebelum mencapai umur 29 tahun;

  5. Penerima manfaat yang telah mempunyai akaun yang dibuka oleh seseorang pendeposit boleh membuka akaun bagi dirinya sendiri atau membuka akaun untuk warganegara Malaysia yang lain. Ini bermakna seorang penerima manfaat pada masa yang sama boleh menjadi pendeposit; dan

  6. Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun Simpan SSPN Prime bagi penerima manfaat yang sama dan tiada had bilangan akaun bagi setiap penerima manfaat.