-
Layak memohon pinjaman pendidikan;
-
Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM8,000.00 setahun;
-
Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas*;
-
Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak**;
-
Simpanan dijamin oleh Kerajaan;
-
Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan; dan
-
Kemudahan menyimpan di cawangan PTPTN dan lebih 3000 cawangan ejen Simpan SSPN Prime.
Nota:
* Perlindungan takaful secara percuma berupa manfaat kematian/ ilat kekal (RM ke RM) dan khairat kematian disediakan kepada pendeposit yang layak dan berumur 18 hingga 65 tahun. Khairat kematian kepada penerima manfaat yang berumur 1 hari hingga 28 tahun juga disediakan tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.
* Layak sebelum tarikh ulang tahun kelahiran.
** Keluarga berpendapatan bulanan (gaji pokok) tidak melebihi RM4,000.00 sebulan layak dipertimbangkan Geran Sepadan apabila anak diterima dan mendaftar masuk ke IPT. Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen yang lengkap. Kelayakan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.