Pembukaan akaun Simpan SSPN Prime boleh dibuat:
-
Pembukaan akaun secara online. Klik di sini.
-
Kaunter PTPTN
-
Kaunter ejen Simpan SSPN Prime
Hanya Borang Pembukaan Akaun Simpan SSPN Prime diperlukan.
Pelanggan digalakkan berurusan di cawangan PTPTN atau kaunter Maybank, Bank Islam, Agrobank, Bank Rakyat dan RHB Bank bagi mempercepat proses pembukaan akaun.
*Bagi pembukaan akaun untuk anak angkat di bawah jagaan yang sah, Surat Perakuan Berkanun/ Sijil Anak Angkat hendaklah disertakan bagi menikmati pelepasan taksiran cukai pendapatan dan Geran Sepadan.
Peringatan Penting : PTPTN tidak melantik orang perseorangan/ individu sebagai ejen PTPTN bagi tujuan memungut deposit selain daripada kakitangan PTPTN.