Pengeluaran / Penutupan Akaun Simpan SSPN Prime

Pendeposit boleh membuat pengeluaran/ penutupan akaun pada bila-bila masa tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh PTPTN.

Dokumen yang diperlukan:

  1. Slip Pengeluaran Deposit/ Tuntutan Geran Sepadan atau Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan.

  2. Mengemukakan nombor akaun bank pendeposit sekiranya ingin wang simpanan tersebut dikreditkan ke akaun pendeposit.(Akaun mestilah atas nama pendeposit dan bukan akaun bersama).

Nota : Sila pastikan tandatangan pendeposit adalah sama dengan tandatangan pada Borang Pembukaan Akaun Simpan SSPN Prime.

 

Penutupan Akaun Bagi Kematian Pendeposit Simpan SSPN Prime

Dokumen yang diperlukan:

  1. Slip Pengeluaran Deposit/ Tuntutan Geran Sepadan atau Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan;

  2. Salinan MyKad/ Kad Polis/ Kad Tentera Pendeposit;

  3. Salinan MyKad/ Kad Polis/ Kad Tentera waris; dan

  4. Sijil Kematian pendeposit.

 

Sekiranya simpanan dalam akaun Simpan SSPN Prime kurang daripada RM3,000.00

Dokumen yang diperlukan:

  1. Borang Penutupan Akaun atau Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan;

  2. Salinan MyKad/ Kad Polis/ Kad Tentera waris;

  3. Salinan Sijil Kematian pendeposit;

  4. Borang Pengesahan Waris kepada pendeposit Simpan SSPN Prime (si mati);

  5. Borang Bon Tanggung Rugi yang disediakan oleh PTPTN serta dimatikan Setem Hasil bernilai RM10.00;

  6. Nombor akaun bank peribadi waris sekiranya ingin wang simpanan tersebut dikreditkan ke akaun waris.

 

Bagi simpanan dalam akaun Simpan SSPN Prime berjumlah RM3,000.00 dan ke atas

Dokumen yang perlu dikemukakan oleh waris:

  1. Borang Penutupan Akaun atau Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan.

  2. Salinan MyKad/ Kad Polis/ Kad Tentera waris yang disahkan oleh pihak yang diberi kuasa.

  3. Salinan Sijil Kematian pendeposit.

  4. Mengemukakan salah satu dokumen berikut daripada mana-mana badan yang dilantik (asal dan salinan):

    1. Surat Kuasa Mentadbir/ Geran Probet (Petisyen di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya; atau

    2. Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah; atau

    3. Surat Kuasa Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Amanah Raya Berhad Seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akuan/ Arahan).

Nota:
Butiran perihal wang simpanan Simpan SSPN Prime hendaklah disenaraikan atau dinyatakan di dalam Surat Kuasa Mentadbir atau Geran Probet bagi membolehkan pengeluaran wang Simpan SSPN Prime dari akaun pendeposit (simati).