Pelepasan Taksiran Cukai Simpan SSPN Prime

Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpananSimpan SSPN Prime:

  1. Ibu bapa dan ibu bapa angkat/ penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun Simpan SSPN Prime untuk manfaat anak diberi pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun tertakluk kepada jumlah simpanan bersih tahun semasa;

  2. Ibu bapa yang membuat taksiran berasingan dan telah membuka akaun simpanan Simpan SSPN Prime berasingan atas anak yang sama diberikan pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 seorang setahun;

  3. Ibu bapa yang membuat taksiran bersama dan telah membuka akaun simpanan Simpan SSPN Prime berasingan diberi pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun; dan

  4. Individu yang menyimpan untuk diri sendiri tidak diberi pelepasan taksiran cukai.