Pelepasan taksiran cukai pendapatan hingga RM15,000
-
Pelepasan taksiran cukai pendapatan diberikan maksimum hingga RM8,000 bagi simpanan bersih Simpan SSPN Plus dan Simpan SSPN Prime (dulu dikenali sebagai SSPN-i) tahun semasa di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).
-
Melalui Simpan SSPN Plus, pendeposit boleh menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas sumbangan takaful yang dibayar kepada pengendali takaful maksimum hingga RM7,000 di bawah Insuran Nyawa dan KWSP.
-
Jika berlaku kematian ke atas penerima manfaat, pendeposit tidak lagi layak menuntut pelepasan taksiran cukai pendapatan atas simpanan bersih yang dibuat selepas tarikh kematian penerima manfaat.