Keistimewaan Simpan SSPN Plus

  1. Produk patuh syariah;

  2. Pelepasan cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa (tahun taksiran) sehingga RM8,000 setahun (bersekali dengan produk Simpan SSPN Prime);

  3. Pelepasan cukai ke atas sumbangan takaful bagi tahun semasa (tahun taksiran) sehingga RM3,000 setahun (bagi pekerja swasta atau penjawat awam yang memilih KWSP) atau RM7,000 setahun (bagi Penjawat Awam memilih Pencen Kerajaan);

  4. Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.

  5. Tiada pemeriksaan kesihatan.

  6. Manfaat kematian dan ilat kekal (kemalangan) sehingga RM1,200,000 bergantung kepada pakej dan Syarikat Pengendali Takaful (SPT);

  7. Tiada pemeriksaan kesihatan.

  8. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;

  9. Khairat kematian kepada pendeposit, pasangan dan anak-anak (maksimum 5 orang anak sahaja tertakluk kepada Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang dipilih);

  10. Manfaat sehingga 45 penyakit kritikal sehingga RM250,000.00 bergantung kepada pakej dan SPT yang dipilih

  11. Elaun kemasukan hospital sehingga RM250 sehari bergantung kepada pakej dan SPT yang dipilih

  12. Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN;

  13. Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.

  14. Simpanan dijamin Kerajaan