Potongan Gaji
-
Mulai September 2015, semua penjawat awam yang menerima pinjaman PTPTN DIWAJIBKAN membuat bayaran balik pinjaman melalui potongan gaji.
-
Mulai 1 November 2015, potongan gaji untuk bayaran balik pinjaman diuruskan oleh PTPTN dan tidak melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Klik di sini untuk info bayaran balik pinjaman melalui potongan gaji terus kepada PTPTN.
-
Potongan gaji HENDAKLAH berdasarkan Jadual Bayaran Balik (JBB) yang ditetapkan. Potongan gaji kurang daripada jadual adalah TIDAK DIBENARKAN. Potongan melibatkan amaun melebihi jadual yang ditetapkan perlu dimaklumkan kepada PTPTN.
-
Potongan gaji adalah untuk bulanan semasa sahaja dan sebarang tunggakan perlu dijelaskan melalui kaedah lain.
-
Jumlah baki pinjaman minimum untuk permohonan potongan gaji adalah RM500.00 dan baki tempoh bayaran balik yang dibenarkan untuk permohonan potongan gaji ialah 6 bulan.
-
Klik disini untuk permohonan potongan gaji secara online.
Pembatalan Pemotongan Gaji
-
Peminjam TIDAK DIBENARKAN memberhentikan potongan gaji selagi hutang masih berbaki.
-
Pembatalan potongan gaji akan dilaksanakan bagi kes-kes berikut:
- Peminjam telah membuat penyelesaian penuh pinjaman;
- Peminjam disahkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia; atau
- PTPTN mendapat makluman daripada peminjam atau majikan mengenai pemberhentian peminjam dalam perkhidmatan atau telah bertukar tempat kerja.
-
Peminjam perlu melengkapkan Borang Permohonan Pembatalan Potongan Gaji dan mengemukakan kepada PTPTN.
Kegagalan majikan menguruskan potongan gaji
Adalah menjadi kesalahan bagi majikan yang gagal menguruskan potongan gaji. Tindakan penguatkuasaan akan diambil berdasarkan Seksyen 29, Akta PTPTN di mana hendaklah menjadi suatu tanggungjawab majikan selepas dimaklumkan secara bertulis oleh PTPTN untuk membuat potongan gaji peminjam bagi maksud menyelesaikan pinjaman PTPTN secara ansuran bulanan. Mana-mana majikan yang gagal mematuhi makluman berkenaan boleh disabitkan di bawah Subsekyen 2 dan sekiranya didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM20,000.00 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.