Kali Pertama
-
Tawaran pinjaman pendidikan tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh PTPTN. DI SINI.
-
Tempoh pinjaman ditentukan mengikut semester semasa permohonan lengkap diterima.
-
Keputusan permohonan pinjaman. DI SINI.
-
Panduan mencetak dan mengisi dokumen perjanjian tawaran pinjaman. DI SINI.
-
Tempoh sah laku tawaran pinjaman adalah 14 hari dari tarikh kelulusan.
-
Dokumen perjanjian lengkap perlu dilekatkan setem hasil dan dihantar bersama dokumen sokongan lain.
-
Peminjam yang ingin menolak tawaran pinjaman perlu menghantar Borang Pembatalan dan Penolakan Tawaran Pinjaman Pendidikan PTPTN di mana-mana Pejabat PTPTN Negeri.
Kali Kedua
Tawaran pinjaman kali kedua hanya akan dipertimbangkan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut;
-
Tamat pengajian bagi pinjaman terdahulu.
-
Telah menyelesaikan baki pinjaman bagi mereka yang membatalkan pinjaman , gagal atau berhenti pengajian untuk pinjaman terdahulu.
-
Kelulusan hanya diberikan kepada peminjam yang melanjutkan pengajian di peringkat yang sama atau lebih tinggi daripada pinjaman terdahulu.