Ganjaran Kesetiaan SSPN-i 2020

Ganjaran Kesetiaan SSPN-i 2020

SSPN berbesar hati memperkenalkan Kempen Ganjaran Kesetiaan SSPN-i 2020 sebagai tanda penghargaan kepada semua pendeposit yang setia membuat simpanan dan kekal bersama SSPN-i.

Pendeposit SSPN-i yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima Ganjaran Kesetiaan sebanyak 1% atas simpanan yang dibuat dalam tempoh kempen.

Tempoh kempen bermula dari 05 Februari 2020 sehingga 30 April 2020.

Syarat-syarat kelayakkan adalah seperti berikut :

  1. Terbuka kepada pendeposit yang membuka akaun SSPN-i sebelum tahun 2017.

  2. Membuat penambahan simpanan terkumpul sekurang-kurangnya RM500 pada akaun yang layak (tidak termasuk dividen tahun semasa) tanpa ada pengeluaran daripada mana-mana akaun di bawah pendeposit yang sama dalam tempoh kempen.

Pemberian Ganjaran Kesetiaan ini adalah secara automatik dan akan dikreditkan ke dalam akaun SSPN-i pendeposit yang layak dalam tempoh DUA (2) BULAN selepas tamat tempoh Kempen.

Teruskan kesetiaan anda bersama SSPN untuk terus menikmati pelbagai manfaat dan ganjaran istimewa yang berterusan.

Semakan Pendeposit Program Ganjaran Kesetiaan SSPN-i 2020, klik di sini

Terma & syarat, klik di sini

Soalan lazim, klik di sini