Pengumuman bajet 2019 yang telah diumumkan oleh menteri kewangan pada 2 November 2018 telah banyak memberi manfaat kepada rakyat. Salah satu manfaat yg diusulkan di dalam belanjawan tahun 2019 adalah pelepasan cukai diberikan kepada majikan yang membantu menyelesaikan baki pinjaman pekerja. Melalui Belanjawan 2020 pada 11 Oktober 2019, insentif ini dipanjangkan sehingga 31 Disember 2021.
Majikan layak menikmati potongan cukai ke atas apa-apa jumlah bayaran balik yang telah dijelaskan oleh majikan sama ada bayaran ansuran setiap bulan atau penyelesaian penuh.
Pendaftaran boleh dibuat melalui Portal Majikan Online.
Syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh majikan untuk menikmati insentif ini ialah :
- Majikan membuat bayaran hutang PTPTN bagi pihak pekerja;
- Taraf pekerjaan pekerja adalah Sepenuh Masa; dan
- Pekerja tidak boleh dikenakan apa-apa bayaran sebagai balasan kepada pembayaran hutang PTPTN yang telah dijelaskan oleh majikan.
Untuk soalan lazim, klik di sini