Insentif Pelepasan Cukai Kepada Syarikat Yang Membantu Menyelesaikan Baki Pinjaman Pekerja

Insentif ini diumumkan melalui Belanjawan 2019 pada 2 November 2018. Melalui insentif ini, majikan layak mendapat potongan cukai ke atas jumlah bayaran balik pinjaman PTPTN pekerja yang dijelaskan oleh majikan dalam tempoh 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2019.

Seterusnya, melalui Belanjawan 2020 pada 11 Oktober 2019, insentif ini dipanjangkan sehingga 31 Disember 2021.

Semua majikan yang menjalankan perniagaan dan membayar cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 layak menikmati insentif ini.

Syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk menikmati insentif ini ialah:

  1. Majikan membuat bayaran hutang PTPTN bagi pihak pekerja;

  2. Taraf pekerjaan pekerja adalah Sepenuh Masa; dan

  3. Pekerja tidak boleh dikenakan apa-apa bayaran sebagai balasan kepada pembayaran hutang PTPTN yang telah dijelaskan oleh majikan.

Majikan layak menikmati potongan cukai ke atas apa-apa jumlah bayaran balik yang telah dijelaskan oleh majikan sama ada bayaran ansuran setiap bulan atau penyelesaian penuh dalam tempoh 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2021. Tuntutan boleh dibuat berdasarkan bayaran yang dijelaskan mengikut tahun taksiran masing-masing seperti di bawah:

Bil Tempoh Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Tahun Taksiran
1 1 Januari 2019 – 31 Disember 2019 2019
2 1 Januari 2020 – 31 Disember 2020 2020
3 1 Januari 2021 – 31 Disember 2021 2021

Tiada amaun minimum dan maksimum ditetapkan. Majikan layak menikmati potongan cukai ke atas apa-apa jumlah bayaran balik yang telah dijelaskan oleh majikan sama ada bayaran ansuran setiap bulan atau penyelesaian penuh

Majikan perlu membuat bayaran balik melalui Portal PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/PortalMajikan/Utama dalam tempoh 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2021.

Resit boleh dicetak sebaik sahaja selesai bayaran dibuat melalui Portal PTPTN. Di samping itu, PTPTN juga akan mengeluarkan penyata terperinci bayaran pada setiap awal tahun berikutnya.

Pekerja boleh membuat aduan kepada PTPTN dan akan dipanjangkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) untuk siasatan. Majikan yang memberikan maklumat palsu bagi maksud menggelak daripada dikenakan cukai adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

Tidak layak. Insentif ini hanya diberikan kepada majikan yang membantu pekerja membuat bayaran balik hutang PTPTN. Perkara ini selaras dengan Akta Cukai Pendapatan 1967.

Majikan yang membayar pekerja yang merupakan pasangan, anak, cucu dan adik-beradik sendiri tidak layak menikmati insentif ini.

Jumlah bayaran balik yang telah dijelaskan oleh majikan dianggap sebagai sebahagian daripada pendapatan pekerja (perkuisit). Walau bagaimanapun ia dikecualikan daripada pengiraan cukai pendapatan individu.