Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah melancarkan Kempen Stay Safe & Win SSPN-i 2021 pada hari ini yang disempurnakan oleh Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN di Facebook PTPTNOfficial. Kempen ini diperkenalkan buat julung kalinya sebagai tanda penghargaan PTPTN kepada pendeposit SSPN-i yang sentiasa menyokong dan terus setia membuat simpanan di PTPTN.
Kempen Stay Safe & Win SSPN-i 2021 menawarkan hadiah yang sangat lumayan bernilai hampir RM240,000.00 untuk 39 orang pemenang. Kempen ini terbuka kepada pendeposit SSPN-i yang membuka akaun dan membuat penambahan deposit dalam tempoh promosi. Tempoh promosi adalah mulai 1 Jun 2021 sehingga 30 September 2021. Terdapat tiga (3) kategori cabutan bagi kempen ini iaitu Kategori Platinum, Gold dan Silver.
Sangat mudah untuk menyertai kempen ini, pelanggan hanya perlu membuka akaun atau membuat penambahan deposit minimum RM200.00 dalam tempoh promosi dan mengekalkannya selama tiga (3) bulan selepas tamat tempoh promosi iaitu bermula 1 Oktober 2021 sehingga 31 Disember 2021. Setiap simpanan bernilai RM50.00 akan melayakkan pendeposit mendapat satu (1) cabutan dan penyertaan adalah secara automatik.
Hadiah utama yang ditawarkan adalah sebuah kereta Proton X50 bagi Kategori Platinum. Manakala sebuah kereta Perodua Myvi 1.5cc bagi Kategori Gold dan sebuah motosikal Yamaha Y15zr untuk Kategori Silver. Tidak ketinggalan bagi tempat kedua, ketiga dan saguhati juga turut disediakan dan amat berbaloi untuk dimenangi seperti barang kemas, komputer riba dan wang tunai.
Pendeposit yang mempunyai akaun SSPN-i juga dapat menikmati pelbagai keistimewaan yang SSPN-i tawarkan seperti pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000.00, dividen yang kompetitif, perlindungan takaful ringgit ke ringgit (dollar to dollar) secara percuma dan pemberian Geran Sepadan percuma sehingga RM10,000.00 kepada pendeposit yang layak. SSPN-i juga merupakan skim simpanan patuh syariah dan dijamin oleh Kerajaan.
Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, “Pelancaran kempen ini adalah usaha PTPTN agar rakyat Malaysia sentiasa mengutamakan simpanan demi masa depan di samping mengamalkan penjagaan kesihatan diri dan keluarga dalam menghadapi cabaran COVID-19. Dengan mengamalkan Stay Home, Stay Safe , kita masih dapat terus menyemarakkan lagi budaya penabungan dengan membuat simpanan melalui saluran dalam talian yang disediakan lebih mudah, cepat dan selamat. Marilah rebut peluang keemasan yang ditawarkan ini.
Untuk terma dan syarat, klik di sini.
Untuk soalan lazim, klik di sini.