Kempen Jom Beraya, Jom Menyimpan 2021

Kempen Jom Beraya, Jom Menyimpan 2021

Sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri, PTPTN meneruskan tradisi dengan meneruskan penganjuran kempen Jom Beraya, Jom Menyimpan khas buat semua pendeposit SSPN sedia ada dan pendeposit baharu sepanjang musim perayaan Aidilfitri tahun ini.

Kempen Jom Beraya, Jom Menyimpan pada tahun ini kembali dengan menawarkan hadiah lumayan berjumlah hampir RM200,000.00 untuk dimenangi.

Kempen ini terbahagi kepada dua peringkat iaitu peringkat Negeri dan peringkat Nasional yang masing-masing menawarkan hadiah seperti berikut :

Kategori 1 : Peringkat Negeri

Hadiah Bilangan Hadiah
(Setiap Negeri)
Pertama : Duit Raya bernilai RM5,000 1
Kedua : Duit Raya bernilai RM3,000 1
Ketiga : Duit Raya bernilai RM500 1
Saguhati : Duit Raya bernilai RM100 22
Jumlah Keseluruhan 350

Kategori 2 : Peringkat Nasional

Hadiah Bilangan Hadiah
Pertama : Duit Raya bernilai RM8,000 1
Kedua : Duit Raya bernilai RM6,000 1
Ketiga : Duit Raya bernilai RM4,000 1
Saguhati : Duit Raya bernilai RM200 147
Jumlah Keseluruhan 150

Tempoh promosi kempen ini adalah bermula dari 1 Mei 2021 hingga 31 Mei 2021. Cara menyertai kempen ini sangat mudah. Pendeposit SSPN hanya perlu membuat simpanan bersih serendah RM100.00 dalam tempoh kempen, pendeposit akan layak mendapat satu (1) cabutan bagi peringkat Negeri manakala dengan simpanan serendah RM300.00, pendeposit layak mendapat (1) cabutan bagi peringkat Nasional.

Pendeposit SSPN yang menyertai kempen ini bukan sahaja berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan, malah akan menikmati pelbagai keistimewaan SSPN yang disediakan seperti pemberian dividen yang kompetitif, perlindungan takaful dan pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun.

Untuk terma dan syarat, klik di sini.

Untuk soalan lazim, klik di sini.