Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut 12 Februari 2021 ini, PTPTN menganjurkan kempen Gong Xi Ang Pow SSPN 2021 dengan bertemakan ‘Gong Xi Save & Safe’. Tema ini dipilih sebagai simbol keprihatinan PTPTN agar rakyat Malaysia sentiasa mengutamakan simpanan demi masa depan di samping mengamalkan penjagaan kesihatan diri dan keluarga dalam menghadapi cabaran COVID-19.
Melalui kempen ini, PTPTN menawarkan hadiah Ang Pow yang sangat lumayan iaitu wang tunai berjumlah lebih RM88,888 untuk 88 pemenang. Kempen ini terbuka kepada semua pendeposit SSPN iaitu SSPN-i dan SSPN-i Plus. Hadiah utama yang ditawarkan ialah wang tunai berjumlah RM8,888.
Hadiah | Bilangan Hadiah | |
---|---|---|
Pertama | Ang Pow bernilai RM8,888 | 1 |
Kedua | Ang Pow bernilai RM6,888 | 1 |
Ketiga | Ang Pow bernilai RM3,888 | 1 |
Saguhati | Ang Pow bernilai RM888 | 85 |
Jumlah Keseluruhan | 88 |
Tempoh promosi kempen ini bermula 8 Februari 2021 hingga 8 Mac 2021, iaitu selama sebulan. Cara menyertai kempen ini sangat mudah. Dengan simpanan bersih serendah RM100.00 dalam tempoh kempen, pendeposit akan layak mendapat satu (1) cabutan.
Pendeposit SSPN yang menyertai kempen ini bukan sahaja berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan, malah akan menikmati pelbagai keistimewaan SSPN yang disediakan seperti pemberian dividen yang kompetitif, perlindungan takaful dan pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun.
Laman Web Kempen klik di sini.
Untuk terma dan syarat, klik di sini.
Untuk soalan lazim, klik di sini.