Jom Buka Akaun SSPN adalah promosi yang dirangka bagi menggalakkan warganegara Malaysia untuk membuka akaun SSPN dan menjadikan SSPN-i atau SSPN-i Plus sebagai produk simpanan pilihan utama.
Bagi ibu bapa / penjaga, selain daripada menyimpan untuk tujuan masa hadapan pendidikan anak-anak, SSPN menawarkan pelbagai lagi manfaat seperti pelepasan taksiran cukai, perlindungan takaful, dividen yang kompetitif dan sebagainya.
Cara untuk sertai promosi ini sangat mudah hanya dengan amaun pembukaan akaun baharu SSPN-i atau SSPN-i Plus serendah RM30.00, secara automatik anda adalah layak untuk menyertai promosi ini.
Promosi Jom Buka Akaun SSPN menawarkan cabutan sebanyak 3 siri.
Tempoh promosi adalah seperti berikut:-
Tempoh Promosi |
---|
Siri 1 (1 Julai – 31 Ogos 2020) |
Siri 2 (1 September – 31 Oktober 2020) |
Siri 3 (1 November – 31 Disember 2020) |
Syarat-syarat untuk untuk menyertai promosi ini adalah seperti berikut:
- Terbuka kepada warganegara Malaysia;
- Membuka akaun baharu SSPN secara atas talian melalui www.lovesspn.com atau ejen online PTPTN yang sah tanpa ada penutupan mana-mana akaun di bawah pendeposit yang sama dalam Tempoh Promosi;
- Kelayakan cabutan adalah berdasarkan kepada bilangan pembukaan akaun dengan simpanan minimum seperti berikut:
Kiraan bilangan cabutan adalah seperti berikut:
Produk | Bilangan Cabutan |
---|---|
SSPN-i | RM30 |
SSPN-i Plus | RM30 (simpanan+takaful) |
Hadiah menarik yang ditawarkan kepada pemenang adalah:
Hadiah | Bilangan Pemenang |
---|---|
Siri 1: HUAWEI MediaPad T5 | 50 |
Siri 2: HUAWEI MediaPad T5 | 50 |
Siri 3: HUAWEI MediaPad T5 | 50 |
Untuk pembukaan akaun/penambahan deposit, klik di sini.
Untuk terma dan syarat, klik di sini.
Untuk soalan lazim, klik di sini.