Kempen Perlindungan Pasca Vaksinasi Covid-19
Kempen Perlindungan Pasca Vaksinasi COVID-19 merupakan kerjasama di antara PTPTN dan Hong Leong Insurans/Takaful di mana sebanyak RM300,000 dana telah diperuntukkan bertujuan menyediakan perlindungan kepada rakyat Malaysia terhadap komplikasi atau kesan yang dialami selepas menerima vaksin sekali gus menggalakkan rakyat Malaysia mengambil vaksin untuk mengawal penularan penyakit COVID-19.
Tempoh kempen bermula 30 Mei hingga 31 Ogos 2021.
Semua rakyat Malaysia berumur 18 hingga 65 tahun yang membuka akaun baharu SSPN-i Plus dan menerima vaksin dalam tempoh kempen adalah layak menyertai kempen ini.
Dua (2) manfaat perlindungan yang disediakan, iaitu:
- Elaun kemasukan hospital akibat komplikasi selepas pengambilan vaksin sebanyak RM100 sehari (maksimum sehingga 7 hari); dan
- Manfaat kematian akibat komplikasi selepas pengambilan vaksin sebanyak RM5,000 seorang.
Manfaat perlindungan (a) dan (b) ini terpakai di dalam tempoh masa 30 hari bermula dari tarikh terima vaksin sehingga 30 September 2021 atau mana-mana tarikh yang awal.
Tidak. Manfaat perlindungan ini diberikan percuma kepada pendeposit yang membuka akaun baharu SSPN-i Plus dalam tempoh kempen.
Ya. Pendeposit perlu membuat permohonan di Portal Rasmi Hong Leong MSIG Takaful di pautan berikut:
www.hlmtakaful.com.my
Tempoh perlindungan diberikan selama 30 hari bermula dari tarikh terima vaksin sehingga 30 September 2021 atau mana-mana tarikh yang awal atau sehingga dana RM300,000 telah habis digunakan.
Contoh :
Tarikh Terima Vaksin | Tempoh Perlindungan | Bilangan hari |
---|---|---|
Dos 1 : 1 Ogos 2021 | 1 hingga 30 Ogos 2021 | 30 hari |
Dos 2 : 15 September 2021 | 15 hingga 30 September 2021 | 15 hari |
Tidak layak. Pembukaan akaun baharu hendaklah dibuka dalam tempoh kempen bermula 30 Mei 2021 hingga 31 Ogos 2021.
Layak sekiranya vaksin diterima dalam tempoh perlindungan sehingga 30 September 2021 atau sehingga dana RM300,000 telah habis digunakan.
Contoh :
Pendeposit membuka akaun baharu pada 31 Ogos dan menerima vaksin pada 15 September 2021. Tempoh perlindungan deposit hanya 15 hari sahaja bermula 15 September hingga 30 September sahaja.
Tiada tempoh menunggu diperlukan untuk mendapatkan perlindungan tambahan ini.
Tidak. Semua jenis vaksin COVID-19 yang telah diluluskan oleh kerajaan Malaysia adalah layak menerima manfaat perlindungan pasca vaksinasi COVID-19.
Tiada tempoh tuntutan ditetapkan. Pertimbangan akan diberikan bergantung kepada tuntutan terawal diterima terhad sehingga RM300,000 dana yang diperuntukkan
- Pusat Panggilan (Careline) di talian 03 2193 3000.
- Live chat di Portal PTPTN (www.ptptn.gov.my)
- Mengemukakan pertanyaan di pautan eAduanPTPTN.