Virtual Mini Job Hunt For PTPTN Borrowers

Virtual Mini Job Hunt For PTPTN Borrowers

PTPTN dengan kerjasama PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO) telah melancarkan Virtual Mini Job Hunt For PTPTN Borrowers untuk membantu peminjam PTPTN yang telah bergraduat tetapi masih belum mendapat pekerjaan dan sekaligus dapat membayar balik pinjaman PTPTN.

Program Virtual Mini Job Hunt For PTPTN Borrowers ini menyediakan pelbagai aktiviti untuk semua peminjam PTPTN yang dilakukan secara atas talian dan penyertaan adalah PERCUMA.

Program ini akan berlangsung bermula 30 Jun 2020 sehingga 03 Julai 2020.

Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:

  • Hanya peminjam PTPTN yang telah bergraduat sahaja yang layak untuk menyertai program ini.
  • Tiada sebarang yuran dikenakan kepada peserta program.

Pendaftaran boleh dibuat melalui https://careerfair.perkeso.gov.my mulai 25 Jun 2020 (Khamis) sehingga 3 Julai 2020 (Jumaat) sebelum jam 4.00 petang. (Pendaftaran untuk menyertai program telah ditutup)

Sistem akan membuat padanan bagi mengesahkan hanya peminjam PTPTN sahaja yang boleh mendaftar dan akan diberikan link temuduga menggunakan aplikasi Cisco Webex.

Sebanyak 20 majikan yang akan menyertai program ini dengan menawarkan 3,000 tawaran pekerjaan kepada para peminjam. Kaedah online menggunakan Cisco Webex Apps dan setiap calon yang layak akan diberikan link untuk masuk ke ruang lobi temuduga.

Sebarang masalah teknikal semasa mendaftar bagi menyertai program ini, peserta boleh menghubungi pegawai PERKESO seperti berikut:

  1. Encik Neil – 019 249 2606
  2. Encik Dianhazri – 017 339 8583
  3. Encik Azman – 019 658 5507

Pendaftaran Program Virtual Mini Job Hunt For PTPTN Borrowers klik di sini.

Untuk manual pendaftaran, klik di sini.

Soalan lazim, klik di sini