PTPTN menambah satu lagi saluran untuk memudahkan pelanggan melakukan transaksi bayaran balik pinjaman dan deposit simpanan SSPN-i melalui Razer Cash. Ikuti langkah-langkah mudah berikut:
Langkah 1:
Layari www.ptptn.gov.my
- Pilih Razer Cash & pilih akaun untuk membuat pembayaran.
Langkah 2:
Ambil gambar
- Ambil gambar maklumat pembayaran.
Langkah 3:
Pergi ke 7-Eleven
- Pergi ke 7-Eleven yang berdekatan dengan anda.
Langkah 4:
Bayar di kaunter
- Maklumkan kepada petugas kaunter untuk pembayaran melalui Razer Cash, berikan maklumat pembayaran dan buat bayaran.
Langkah 5:
Semak penyata
- Semak penyata pinjaman/ simpanan anda selepas 3 hari bekerja.