Kempen Perlindungan Pasca Vaksinasi COVID-19 merupakan kerjasama di antara PTPTN dan Hong Leong Insurans/Takaful di mana sebanyak RM300,000 dana telah diperuntukkan bertujuan menyediakan perlindungan kepada rakyat Malaysia terhadap komplikasi atau kesan yang dialami selepas menerima vaksin sekali gus menggalakkan rakyat Malaysia mengambil vaksin untuk mengawal penularan penyakit COVID-19.
Perlindungan ini diberikan melalui akaun baharu SSPN-i Plus yang boleh diperolehi pendeposit SSPN-i Plus yang mengalami kesan sampingan daripada vaksinasi Covid-19 seperti berikut :
- Manfaat Kemasukan Hospital
- Manfaat Kematian
Elaun kemasukan hospital akibat komplikasi selepas pengambilan vaksin sebanyak RM100 sehari (maksimum sehingga 7 hari); dan
Manfaat kematian akibat komplikasi selepas pengambilan vaksin sebanyak RM5,000 seorang.
Manfaat perlindungan (a) dan (b) ini terpakai di dalam tempoh masa 30 hari bermula dari tarikh terima vaksin sehingga 30 September 2021 atau mana-mana tarikh yang awal.
Terma dan syarat yang lain adalah sama dan tidak berubah seperti yang terdapat pada Sijil Takaful Induk/Individu pakej SSPN-i Plus yang dipilih.
Untuk soalan lazim, klik di sini.