PTPTN amat prihatin kepada individu yang terkesan kepada wabak Covid-19 dan telah memperuntukkan sejumlah dana istimewa sebanyak RM100,000.00 dalam bentuk perlindungan Takaful kepada semua pendeposit SSPN-i Plus.
Kriteria bagi mendapatkan dana istimewa RM100,000.00 ini adalah seperti berikut :-
-
Pendeposit SSPN-i Plus yang aktif.
-
Pendeposit SSPN-i Plus yang terkesan akibat dijangkiti wabak Covid-19.
-
Perlindungan yang diberikan adalah seperti berikut:
- Elaun Kemasukan Hospital sebanyak RM100.00 (hanya satu kali / one-timed); dan
- Tambahan perlindungan atas sebab kematian sebanyak RM500.00.
Peruntukan dana istimewa ini tertakluk kepada kriteria di atas yang berlaku dalam tempoh 1 April sehingga 30 September 2020 atau, penggunaan dana telah mencapai nilai RM100,000.00 bagi keseluruhan permohonan tuntutan yang mana lebih awal.
Walaubagaimanapun, dana istimewa ini telah dilanjutkan bermula 14 Oktober sehingga 31 Disember 2020.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai kami. Klik di sini