Penyenaraian Peminjam Dalam Central Credit Reference Information System (CCRIS)

Penyenaraian Peminjam Dalam Central Credit Reference Information System (CCRIS)

Semua peminjam yang sepatutnya membuat bayaran balik selepas 6 bulan tamat tempoh pinjaman akan disenaraikan dalam CCRIS.  Bagi peminjam-peminjam baharu iaitu tarikh tamat pinjaman pada April 2017, tempoh pembayaran balik pinjaman dilanjutkan kepada 12 bulan. sebagaimana yang diumumkan dalam Bajet 2018.

CCRIS bukanlah tindakan senarai hitam. Ianya merupakan suatu pemantauan prestasi bayaran balik dan melatih peminjam menjadi pembayar yang konsisten.

Semakan status CCRIS boleh dibuat secara terus di kaunter dan kiosk cawangan Bank Negara Malaysia (BNM) di seluruh Malaysia.

Peminjam perlu membuat bayaran secara konsisten dan disiplin mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan oleh PTPTN bagi mengelakkan sebarang tunggakan yang sudah tentu akan dipaparkan dalam rekod CCRIS.  

Rekod CCRIS yang buruk ini akan memberi kesan kepada permohonan pinjaman di institusi kewangan. Walau bagaimanapun, kelulusan sesuatu pinjaman yang dipohon adalah tertakluk kepada budi bicara dan bidang kuasa institusi kewangan tersebut. 

Tidak dinafikan terdapat peminjam yang tidak berkemampuan untuk menjadi pembayar yang baik. PTPTN sangat mengalu-alukan untuk hadir berunding bagi mendapatkan pelan pembayaran yang bersesuaian dengan taraf hidup masa kini.

Terdapat beberapa penyelesaian seperti pertukaran ujrah, penstrukturan dan penjadualan semula serta penggabungan pinjaman yang boleh ditawarkan kepada peminjam bagi memastikan rekod CCRIS sentiasa dalam baik.

Peka lah dengan rekod pinjaman anda. Tunggakan tiada, PTPTN gembira.