Sebelum ini Kerajaan telah memberi penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN mulai 19 Mac 2020 sehingga 31 Disember 2020 kepada semua peminjam PTPTN semasa negara dilanda pandemik Covid-19. Menyedari bahawa terdapat peminjam PTPTN yang masih terkesan dengan pandemik Covid-19 dan bencana banjir, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan pelanjutan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga (3) bulan kepada peminjam yang layak. Perkara ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam Pakej Bantuan Khas 2021 sempena lanjutan PKP yang dikenali sebagai Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia atau PERMAI iaitu inisiatif 12 - Moratorium bagi Peminjam PTPTN yang terjejas akibat wabak COVID-19 dan bencana banjir.
Sehubungan dengan itu, PTPTN telah menyediakan penangguhan khas bayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam yang layak untuk tempoh 3 bulan bermula pada bulan yang sama kelulusan permohonan diberikan oleh PTPTN dan 2 bulan ke hadapan (di antara Januari hingga Mei 2021). Kriteria peminjam yang layak adalah seperti berikut :
- Peminjam yang kehilangan pendapatan iaitu diberhentikan pekerjaan akibat pandemik Covid-19; atau
- Peminjam yang terjejas pendapatan iaitu pendapatan berkurang akibat pandemik Covid-19; atau
- Peminjam yang terjejas akibat bencana banjir (hanya peminjam yang bermastautin di dalam negara sahaja).
(Peminjam hanya dibenarkan menghantar permohonan atas salah satu sebab sahaja)
Permohonan boleh dibuat mengikut tarikh di bawah:-
Bil | Kategori | Tarikh Permohonan |
---|---|---|
1. | Pelanjutan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (COVID-19) | 5 Januari – 31 Mac 2021 |
2. | Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (Bencana Banjir) | 20 Januari – 31 Mac 2021 |
Untuk permohonan, sila klik di sini.
Soalan lazim, sila klik di sini.