Selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri di dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) sempena PKP 3.0, PTPTN menyediakan kemudahan penangguhan bayaran balik pinjaman kepada peminjam yang terkesan selama 3 bulan di antara Jun hingga Oktober 2021. Permohonan boleh dilakukan mulai 10 Jun hingga 31 Ogos 2021.
2. Peminjam yang memenuhi kriteria berikut layak memohon:
- Peminjam kehilangan pendapatan iaitu diberhentikan pekerjaan dalam tempoh pandemik COVID-19; dan
- Peminjam yang terjejas pendapatan iaitu pendapatan berkurang dalam tempoh pandemik COVID-19.
Peminjam hanya dibenarkan menghantar permohonan sekali sahaja.
Untuk permohonan, sila klik di sini.
Untuk soalan lazim, klik di sini.