Selaras dengan pengumuman YB Menteri Pengajian Tinggi pada 25 Disember 2021, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga (3) bulan kepada peminjam yang terkesan akibat bencana banjir yang melanda negara. PTPTN sebagai agensi di bawah KPT komited memastikan agar urusan berkenaan penangguhan bayaran balik pinjaman ini dapat dilaksanakan dengan baik demi kebajikan peminjam. Bagi memudahkan urusan peminjam PTPTN, pelaksanaan penangguhan bayaran balik ini adalah seperti berikut:
a) Peminjam boleh mengemukakan permohonan mulai 28 Disember 2021 sehingga 31 Mac 2022 melalui portal rasmi PTPTN di (www.ptptn.gov.my/PenangguhanBayaranBalikBanjir) atau hadir ke mana-mana Cawangan PTPTN yang berhampiran. Tiada sebarang dokumen sokongan diperlukan semasa permohonan.
b) Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN akibat bencana banjir ini akan diberikan untuk tempoh tiga (3) bulan bermula pada bulan yang sama kelulusan permohonan diberikan PTPTN dan dua (2) bulan ke hadapan di antara Disember 2021 hingga Mei 2022.
c) Kelulusan penangguhan akan dimaklumkan kepada peminjam melalui e-mel dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh peminjam mengemukakan permohonan. Untuk itu, peminjam adalah diingatkan agar mengemas kini maklumat perhubungan yang tepat dan terkini bagi memastikan maklumat kelulusan permohonan penangguhan tersebut dapat disampaikan kepada mereka.
Untuk soalan lazim, klik di sini.
Untuk permohonan, sila klik di sini.