Pemberian Diskaun 12% Untuk Bayaran Sekurang-Kurangnya 50% Daripada Baki Hutang Dalam Sekali Bayaran:
Semua peminjam (termasuk yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan) yang membuat bayaran balik sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhan baki hutang pinjaman dalam tempoh 1 November 2021 hingga 30 April 2022 layak menerima insentif ini.
Pengesahan baki pinjaman boleh diperolehi melalui portal rasmi PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/PengesahanBakiPenyelesaianHutang/Utama)) atau menghubungi Eksekutif Pemasaran (https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn).
Diskaun 12% diberikan pada setiap hujung bulan. Peminjam boleh menyemak penyata pinjaman masing-masing mulai 7 hari bulan pada bulan berikutnya selepas pelarasan diskaun 12% dikemaskini.
Semakan penyata pinjaman boleh dibuat melalui portal rasmi PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman).
Diskaun yang diberikan tidak akan mengurangkan ansuran bulanan tetapi mengurangkan baki hutang keseluruhan sahaja.
Pengiraan diskaun 12% berasaskan kepada jumlah bayaran balik (sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang) yang diterima bagi bulan berkenaan. Contoh pengiraan:
Perkara | Jumlah (RM) | |
---|---|---|
Baki hutang keseluruhan pada 1 November 2021 | = | 10,000 |
Bayaran 55% pada 24 November 2021 | = | (5,500) |
Diskaun 12% (12% x RM5,500) pada 30 November 2021* | = | (660) |
Baki hutang keseluruhan pada 1 Disember 2021 (sebelum kemaskini Ujrah) | = | 3,840 |
*Peminjam boleh menyemak penyata pinjaman masing-masing mulai 7 hari bulan pada bulan berikutnya selepas pelarasan diskaun 12% dikemas kini.
Peminjam layak menerima diskaun 12% sekiranya membuat bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhan baki hutang WPP dalam bulan yang sama sahaja.
Layak, sekiranya bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhan baki hutang pinjaman diterima oleh PTPTN dalam bulan yang sama. Peminjam dinasihatkan untuk membuat bayaran selewat-lewatnya 27 hari bulan setiap bulan.
Tidak layak. Pertimbangan boleh diberikan sekiranya pinjaman peringkat Ijazah yang masih aktif ditamatkan. Permohonan pinjaman baharu bagi peringkat yang sama adalah tidak dibenarkan.
Layak, tertakluk kepada bayaran balik yang diterima dalam tempoh 1 November 2021 hingga 30 April 2022.
- Pusat Panggilan (Careline) di talian 03 2193 3000;
- Live chat di Portal PTPTN (https://www.ptptn.gov.my);
- Eksekutif Pemasaran (https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn);
- e-AduanPTPTN (https://eaduan.ptptn.gov.my); dan
- Media Sosial (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional)