Diskaun Bayaran Balik 15% Atas Baki Hutang Untuk Penyelesaian Penuh Keseluruhan Baki Hutang Pinjaman

Semua peminjam PTPTN (termasuk yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan) yang membuat penyelesaian keseluruhan baki hutang pinjaman mulai 1 November 2021 hingga 30 April 2022 layak mendapat insentif ini.

Pengiraan diskaun 15% berasaskan keseluruhan baki hutang pinjaman.

Diskaun 15% akan diberikan pada setiap hujung bulan. Peminjam boleh menyemak penyata pinjaman masing-masing mulai 7 hari bulan pada bulan berikutnya selepas pelarasan diskaun 15% dikemaskini.

Semakan penyata pinjaman boleh dibuat melalui portal rasmi PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman).

Surat Penyelesaian Hutang (SPH) akan dikeluarkan selepas 14 hari (bekerja) pelarasan diskaun 15% dilakukan. Cetakan SPH juga boleh dibuat secara dalam talian di portal rasmi PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/pengesahanbakipenyelesaianhutang).

Layak, sekiranya bayaran penyelesaian hutang pinjaman diterima oleh PTPTN dalam bulan yang sama. Peminjam dinasihatkan untuk membuat bayaran selewat-lewatnya 27 hari bulan setiap bulan.

Diskaun TIDAK diberikan sekiranya bayaran balik dibuat oleh pihak IPT/ penaja.

Tidak layak, diskaun 15% hanya diberikan kepada peminjam yang menyelesaikan keseluruhan baki hutang pinjaman beliau iaitu pinjaman Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.

Tidak layak, diskaun 15% hanya diberikan kepada peminjam yang menyelesaikan keseluruhan baki hutang pinjaman sahaja. Pertimbangan boleh diberikan sekiranya pinjaman yang masih aktif ditamatkan dan penyelesaian penuh dibuat atas keseluruhan hutang pinjaman. Permohonan pinjaman baharu bagi peringkat yang sama adalah tidak dibenarkan

Rekod CCRIS akan dikemas kini dalam tempoh 7 hari bekerja daripada tarikh bayaran dikemas kini dalam penyata PTPTN.

Layak, tertakluk kepada bayaran balik yang diterima dalam tempoh 1 November 2021 hingga 30 April 2022.

  1. Pusat Panggilan (Careline) di talian 03 2193 3000;
  2. Live chat di Portal PTPTN (https://www.ptptn.gov.my);
  3. Eksekutif Pemasaran (https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn);
  4. e-AduanPTPTN (https://eaduan.ptptn.gov.my);
  5. Media Sosial (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional)