Diskaun 10% Untuk Bayaran Balik Melalui Potongan Gaji Atau Debit Terus (Direct Debit) Mengikut Jadual Bayaran Balik Yang Ditetapkan

Semua peminjam yang membuat bayaran balik melalui saluran Potongan Gaji dan/ atau Debit Terus (Direct Debit) mengikut amaun yang ditetapkan layak menerima insentif ini. Diskaun diberikan bagi bayaran balik yang diterima dalam tempoh 1 November 2021 hingga 30 April 2022.

Diskaun 10% diberikan pada setiap hujung bulan. Peminjam boleh menyemak penyata pinjaman masing-masing mulai 7 hari bulan pada bulan berikutnya selepas pelarasan diskaun 10% dikemaskini.

Semakan penyata pinjaman boleh dibuat melalui portal rasmi PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman).

Diskaun yang diberikan tidak akan mengurangkan ansuran bulanan tetapi mengurangkan baki hutang keseluruhan sahaja.

Tidak. Diskaun 10% hanya diberikan kepada peminjam yang membuat bayaran balik melalui potongan gaji dan/atau debit terus (direct debit) sahaja. Peminjam boleh memilih salah satu atau kedua-dua saluran untuk menikmati insentif ini.

Diskaun diberikan atas jumlah bayaran balik yang dibuat melalui potongan gaji dan debit terus (direct debit). Jumlah diskaun yang diperoleh akan mengurangkan keseluruhan baki hutang pinjaman.

Contohnya:

Perkara Jumlah (RM)
Baki hutang keseluruhan pada 1 November 2021 = 10,000
Bayaran balik - debit terus (direct debit) pada 10 November 2021 = (500)
Bayaran balik - potongan gaji pada 25 November 2021 = (500)
Diskaun 10% (10% x RM1,000) pada 30 November 2021* = (100)
Baki hutang keseluruhan pada 1 Disember 2021 (sebelum kemaskini Ujrah) = 8,900

*Peminjam boleh menyemak penyata pinjaman masing-masing mulai 7 hari bulan pada bulan berikutnya selepas pelarasan diskaun 10% dikemaskini.

Permohonan potongan gaji atau debit terus (direct debit) boleh dibuat secara dalam talian di portal rasmi PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/potonggajionline) atau (https://www.ptptn.gov.my/debit-terus). Peminjam boleh memilih salah satu atau kedua-dua saluran untuk menikmati diskaun ini.

Tidak. Diskaun hanya akan diberikan setelah bayaran balik melalui potongan gaji dan debit terus (direct debit) diterima oleh PTPTN.

Terimaan bayaran balik melalui potongan gaji adalah tertakluk kepada proses potongan yang dilakukan oleh majikan. Manakala debit terus (direct debit) adalah setiap 1hb, 10hb dan 27hb setiap bulan.

Layak, tertakluk kepada bayaran balik yang diterima dalam tempoh 1 November 2021 hingga 30 April 2022.

Diskaun 15% akan diberikan ke atas baki keseluruhan hutang pinjaman sekiranya bayaran tersebut menyelesaikan keseluruhan hutang peminjam. Pemulangan lebihan akan diberikan kepada peminjam sekiranya ada.

Bagi peminjam yang mempunyai lebih daripada 1 akaun pinjaman, amaun diskaun akan dilaras ke akaun pinjaman 1 terlebih dahulu sekiranya akaun tersebut masih mempunyai baki hutang. Diskaun akan dilaras ke akaun pinjaman yang berikutnya selepas hutang pinjaman terdahulu diselesaikan.

Peminjam yang telah tamat pengajian diberikan tempoh 12 bulan sebelum JBB dibina dan tidak dikenakan ujrah sepanjang tempoh ini.

Peminjam layak mendapat diskaun 10% berdasarkan jumlah bayaran yang dibuat melalui saluran debit terus (direct debit) sahaja.

  1. Pusat Panggilan (Careline) di talian 03 2193 3000;
  2. Live chat di Portal PTPTN (https://www.ptptn.gov.my);
  3. Eksekutif Pemasaran (www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn);
  4. e-AduanPTPTN (https://eaduan.ptptn.gov.my);
  5. Media Sosial (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional)