Tawaran Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) Kepada Peminjam Diploma B40 IPTS
Inisiatif ini bermaksud pemberian WPP diperluaskan kepada pelajar B40 yang mengikuti pengajian peringkat diploma sepenuh masa di IPTS.
Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) adalah merupakan wang pendahuluan pinjaman berjumlah RM1,500 yang diberikan kepada pelajar yang layak.
Syarat-syarat adalah seperti berikut:
-
Pelajar mestilah Warganegara Malaysia;
-
Pelajar hendaklah memohon WPP selepas menghantar permohonan pinjaman di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my)
-
Pelajar hendaklah mendaftar semester 1 di IPTS mulai Februari 2021 bagi peringkat pengajian diploma sepenuh masa sahaja;
-
Penjaga pelajar/ pelajar mestilah Penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR); dan
-
Tiada hutang pinjaman PTPTN
Pelajar perlu membuat permohonan di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my) mulai 1 hingga 15 hari bulan sebelum bulan pendaftaran pelajar di IPTS (kelompok pertama).
Semakan boleh dibuat di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my) mulai 9 hari bulan pada bulan berikutnya selepas permohonan dibuat. Makluman juga akan dibuat melalui e-mel.
WPP boleh ditunaikan oleh pelajar di mana-mana kaunter Bank Islam dengan membawa dokumen berikut:
-
Surat tawaran WPP yang dicetak daripada Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my); dan
-
MyKad pelajar (Wakil adalah tidak dibenarkan
WPP boleh ditunaikan dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh surat tawaran WPP.
Contoh:
-
Tarikh Surat Tawaran WPP: 09 Februari 2021.
-
Tempoh Surat Tawaran WPP Ditunaikan: Mulai 09 Feb 2021 hingga 09 April 2021.
Tiada rayuan akan dipertimbangkan.
Tidak. WPP merupakan sebahagian daripada pinjaman yang diberikan sebagai pendahuluan sebagai persediaan pelajar mendaftar masuk ke IPT. Pemotongan sebanyak RM500.00 setiap semester daripada jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik apabila pinjaman diluluskan.
Situasi yang tidak membenarkan pelajar menunaikan WPP adalah seperti berikut:.
-
Pelajar tidak meneruskan pengajian di IPT yang ditawarkan; dan
-
Pelajar tidak meneruskan pengajian dalam program yang ditawarkan.
Sekiranya WPP tersebut telah ditunaikan, pelajar dikehendaki membayar balik jumlah tersebut dalam tempoh lapan (8) bulan daripada tarikh tamat surat tawaran. Ta'widh sebanyak 1% setahun akan dikenakan ke atas baki yang belum dijelaskan mulai bulan ke-9 daripada tarikh tamat surat tawaran.
Dokumen yang perlu disertakan sekiranya kehilangan MyKad adalah Kad Pengenalan Sementara yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Tidak boleh. Pelajar dikehendaki mencetak semula surat tawaran WPP baharu dan memastikan maklumat Nombor Kad Pengenalan/ Nombor Waran adalah lengkap.
Boleh tetapi pelajar perlu sertakan dokumen sokongan lain seperti lesen memandu, sijil lahir atau surat tawaran ke IPT.
Boleh. Pelajar dikehendaki menunaikan WPP terlebih dahulu dan seterusnya mengisi borang deposit ke akaun simpanan.