Kenaikan Jumlah Pinjaman Kepada Pelajar Diploma B40 Dengan Simpanan Bertakaful Oleh IPTS

Inisiatif ini bermaksud jumlah pinjaman maksimum pelajar B40 yang mengikuti pengajian peringkat diploma IPTS akan dinaikkan daripada RM6,800 setahun kepada RM8,000 setahun bagi pelajar B40 tertakluk kepada simpanan bertakaful oleh IPTS.

Ia bermaksud pelajar akan mendapat simpanan bertakaful secara percuma dalam bentuk akaun SSPN-i Plus yang diberikan oleh IPTS sepanjang tempoh pengajian lazim.

Pelajar yang layak mendapat manfaat adalah seperti berikut:-

  1. Pelajar yang mengikuti pengajian peringkat diploma secara sepenuh masa di IPTS yang bersetuju menyediakan simpanan bertakaful;

  2. Daripada golongan B40 yang disenaraikan sebagai penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR); dan

  3. Permohonan pinjaman PTPTN mulai Januari 2021.

Simpanan bertakaful percuma berjumlah RM30.00 sebulan akan disediakan oleh IPTS dalam akaun SSPN-i Plus di bawah pakej Intan. Walau bagaimanapun, IPTS boleh memilih pakej yang lebih tinggi mengikut kesesuaian.

Tawaran ini adalah berbentuk pilihan. IPTS tidak wajib mengambil inisiatif ini.

Tidak layak. Inisiatif ini hanya ditawarkan kepada pengajian diploma sepenuh masa sahaja.

Tidak layak kerana pelajar Diploma Sains Kesihatan telah diberikan pinjaman maksimum sebanyak RM12,750 setahun.

Layak tertakluk kepada IPTS menyediakan simpanan bertakaful percuma melalui akaun SSPN-i Plus.

Layak tertakluk kepada IPTS menyediakan simpanan bertakaful percuma melalui akaun SSPN-i Plus sedia ada yang telah dibuka oleh pelajar.

Layak tertakluk kepada IPTS bersetuju menyediakan simpanan bertakaful percuma melalui akaun SSPN-i Plus dengan pelajar sebagai pendeposit.

Layak tertakluk kepada IPTS bersetuju menyediakan simpanan bertakaful percuma melalui akaun SSPN-i Plus dengan pelajar sebagai pendeposit.

PTPTN akan mengeluarkan surat tawaran berserta terma dan syarat yang perlu dipatuhi kepada semua IPTS. IPTS yang berminat perlu memberi persetujuan dalam tempoh yang ditetapkan.

Inisiatif ini akan dilaksanakan bermula pada 1 Januari 2021.