Program Sahabat
Program SAHABAT adalah satu program yang mewujudkan kolaborasi strategik antara PTPTN dan agensi kerajaan/ agensi swasta/ persatuan/ kelab/ koperasi/ pertubuhan yang berdaftar.
Mulai 23 Mei 2017, PTPTN telah memperluaskan program ini kepada individu perseorangan atau Team Leader*.
*Team Leader adalah terdiri daripada pakar motivasi/ penceramah/ blogger/ orang yang mempunyai ramai followers/ anggota/ ahli di bawahnya atau orang yang mempunyai pengaruh ke atas sesuatu kumpulan tertentu/ orang awam dan berminat untuk memasarkan produk simpanan PTPTN.
Program SAHABAT diadakan adalah bertujuan untuk menggalakkan kakitangan dan orang ramai membuat bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN, membuka akaun SSPN dan membuat penambahan deposit secara potongan gaji, di samping menjana pendapatan sampingan.
Terdapat 2 kategori SAHABAT yang ditawarkan iaitu:
-
SAHABAT AM
SAHABAT AM adalah agensi kerajaan/ swasta/ koperasi/ pertubuhan/ persatuan/ kelab yang menjadi SAHABAT PTPTN tanpa pelantikan wakil daripada agensi tersebut sebagai Ejen Pemasaran Online (EPO). -
SAHABAT NIAGA
SAHABAT NIAGA adalah agensi yang menjalankan perniagaan yang bersifat komersial atau/ dan mempunyai kakitangan/ ahli di bawahnya yang berurusan dengan orang awam. Kakitangan/ ahli di bawahnya akan dilantik oleh majikan untuk menjadi EPO SAHABAT.
SAHABAT adalah terbuka kepada:
-
Agensi kerajaan; atau
-
Agensi swasta, persatuan, kelab, koperasi, pertubuhan dan lain-lain agensi yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 atau Akta Pertubuhan 1966 atau mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia; atau
-
Orang perseorangan sebagai Team Leader.
dan tertakluk kepada kelulusan PTPTN
Agensi yang berminat untuk menjadi SAHABAT hendaklah mengisi dan melengkapkan Borang Pendaftaran SAHABAT PTPTN dan menyerahkannya kepada wakil PTPTN untuk didaftarkan.
Bagi SAHABAT sedia ada (lantikan sebelum 1 Mei 2017) akan dijadikan sebagai SAHABAT AM secara automatik di mana SAHABAT ini berpeluang untuk menerima manfaat daripada perluasan skop merangkumi SSPN-i Plus, mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.
Walau bagaimanapun, sekiranya SAHABAT sedia ada berminat untuk dinaiktaraf kepada SAHABAT NIAGA dan telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, SAHABAT perlulah mengisi semula Borang Pendaftaran SAHABAT dan segala terma dan syarat baharu akan berkuatkuasa pada tarikh lantikan SAHABAT NIAGA.
Perhatian:
Pendaftaran sebagai SAHABAT NIAGA dibekukan untuk sementara waktu sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak bagi memberi laluan kepada penambahbaikkan polisi sedia ada.
Syarat-syarat untuk menjadi EPO SAHABAT NIAGA adalah:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Tidak berstatus muflis;
- Mempunyai akaun SSPN-i Plus
- Dilantik oleh SAHABAT NIAGA untuk menjadi EPO.
Perhatian:
Pendaftaran sebagai EPO SAHABAT NIAGA dibekukan untuk sementara waktu sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak bagi memberi laluan kepada penambahbaikkan polisi sedia ada.
Agensi yang menyertai program ini akan menikmati komisen seperti berikut:
Bil | Perkara | Komisen Sahabat Am | Komisen Sahabat Niaga | |
---|---|---|---|---|
Sahabat Niaga | EPO | |||
1. | Pembukaan akaun SSPN-i (one off) | RM2.00/ akaun | RM2.00/ akaun | RM1.00/ akaun |
2. | Pembukaan akaun SSPN-i Plus (one off) | RM2.00/ akaun | 5% x jumlah pakej | 25% x jumlah pakej |
3. | Potongan gaji bagi penambahan deposit SSPN-i | RM0.50 per akaun/ transaksi (selagi ada potongan) | RM0.50 per akaun/ transaksi (sehingga 24 bulan) | 0.25% daripada simpanan bulanan (sehingga 24 bulan) |
4. | Penambahan deposit SSPN-i melalui auto debit/ direct debit | Tiada | RM0.50 per akaun/ transaksi (sehingga 24 bulan) | 0.25% daripada simpanan bulanan (sehingga 24 bulan) |
5. | Potongan gaji bagi penambahan deposit SSPN-i Plus | RM0.50 per akaun/ transaksi (sehingga 24 bulan) | RM0.50 per akaun/ transaksi (sehingga 24 bulan) | 0.25% daripada simpanan bulanan (sehingga 24 bulan) |
6. | Penambahan deposit SSPN-i Plus melalui auto debit/ direct debit | Tiada | RM0.50 per akaun/ transaksi (sehingga 24 bulan) | 0.25% daripada simpanan bulanan (sehingga 24 bulan) |
7. | Potongan gaji bagi bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN yang berjaya (one off) | RM10.00/ peminjam | RM10.00/ peminjam | Tiada |
* PTPTN berhak mengubah kadar komisen di atas dengan mengeluarkan makluman sekurang-kurangnya 14 hari sebelum pelaksanaan kadar komisen baharu.
Bayaran komisen bagi setiap transaksi yang berjaya akan dibayar pada setiap 20 haribulan pada bulan berikutnya. Bayaran tersebut mestilah minimum RM10.00. Sekiranya jumlah keseluruhan komisen kurang daripada amaun tersebut, komisen ini akan dibawa ke bulan berikutnya.
Komisen kepada EPO SAHABAT akan diberhentikan sekiranya EPO tersebut berhenti atau ditamatkan lantikan.
Bayaran komisen akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah didaftarkan oleh SAHABAT dan EPO SAHABAT.
PTPTN akan membuat bayaran komisen berdasarkan kepada maklumat akaun bank yang dinyatakan pada Borang Pendaftaran SAHABAT.
Ya, agensi yang berhasrat untuk berhenti daripada program SAHABAT boleh berbuat demikian dengan memberi notis secara bertulis kepada PTPTN dalam tempoh sekurang-kurangnya empat belas hari (14) bekerja.
PTPTN juga berhak menarik balik pelantikan atau menamatkan pendaftaran SAHABAT dengan memberi notis secara bertulis di dalam tempoh yang sama.