JomPAY

JomPAY ialah satu inisiatif Nasional yang disokong oleh bank-bank di Malaysia untuk mewujudkan satu kaedah pembayaran melalui online dan telefon mudah alih di Malaysia. MyClear adalah sebuah anak syarikat milik penuh Bank Negara Malaysia yang mengendalikan JomPAY.

Dengan JomPAY, anda boleh menikmati kemudahan bayaran balik pinjaman PTPTN dan penambahan deposit SSPN-i/ SSPN-i Plus menggunakan dana dari akaun simpanan atau akaun semasa. Selain itu, pelanggan juga boleh menggunakan akaun kad kredit untuk bayaran balik pinjaman PTPTN. Melalui JomPAY, transaksi anda lebih cepat, selamat, dan mudah.

Ya, perkhidmatan JomPAY adalah PERCUMA. Tiada caj dikenakan bagi bayaran balik pinjaman dan penambahan deposit SSPN-i/ SSPN-i Plus.

Kemudahan JomPAY boleh dinikmati melalui perbankan internet dan telefon mudah alih melibatkan 42 bank yang terlibat. Senarai bank boleh diperolehi di Portal Rasmi PTPTN.

Pendaftaran tidak diperlukan dengan JomPAY. Anda hanya perlu memastikan mempunyai akses kepada perbankan internet bagi bank yang terlibat.

Anda hendaklah mendapatkan Biller Code dan Ref-1 melalui Semakan JomPAY di Portal Rasmi PTPTN terlebih dahulu sebelum membuat transaksi melalui JomPAY.

 

Biller Code adalah nombor unik untuk mengenalpasti Biller bagi JomPAY. Biller Code bagi JomPAY PTPTN adalah seperti berikut.

Kemudahan Produk Biller Code
Bayaran balik pinjaman  Pinjaman Ujrah 34975
Pinjaman Konvensional 96933
Penambahan deposit SSPN-i SSPN-i 73197
Penambahan deposit SSPN-i Plus SSPN-i Plus 99960

Ref-1 adalah nombor unik yang digunakan oleh PTPTN untuk mengenal pasti akaun anda.

Tidak. Ref-1 untuk JomPAY PTPTN adalah tetap berdasarkan akaun pelanggan. Pelanggan digalakkan mengemaskini sebagai Favourites setelah berjaya membuat transaksi pertama.

Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk menggunakan JomPAY Online:

  1. Dapatkan Biller Code dan Ref-1 melalui Semakan JomPAY di Portal Rasmi PTPTN.

  2. Daftar masuk perbankan internet/ telefon mudah alih
    > Pilih Bill Payment > Cari menu JomPAY

  3. Mulakan transaksi bayaran
    > Masukkan Biller Code, Ref-1 dan Ref-2

  4. Pilih akaun anda, sama ada akaun semasa, simpanan atau kad kredit*

  5. Masukkan jumlah bayaran dan teruskan bayaran.
    > Resit akan dipaparkan bagi setiap transaksi yang berjaya

  6. Kemaskini sebagai Favourites untuk bayaran seterusnya.

  7. Selesai.

*Penggunaan akaun kad kredit hanya dibenarkan untuk bayaran balik pinjaman sahaja.

Semua pelanggan 42 bank terlibat boleh menggunakan JomPAY. Bagaimanapun, untuk membuat bayaran balik pinjaman/penambahan deposit melalui kaedah ini, bayaran hanya boleh dilakukan untuk akaun peminjam/pendeposit yang menggunakan Kad Pengenalan Awam sahaja. Ini kerana semakan Biller Code dan Ref-1 di Semakan JomPAY di Portal Rasmi PTPTN hanya boleh dicapai melalui Kad Pengenalan Awam.

Tidak. Kemudahan JomPAY boleh dinikmati untuk bayaran balik Pinjaman Ujrah dan Konvensional.

Had bayaran bagi JomPAY adalah seperti berikut.

Kemudahan Had minimum Had maksimum
Bayaran balik pinjaman RM1.00 Tiada had
Penambahan deposit SSPN-i/ SSPN-i Plus RM20.00 Tiada had

Pertama sekali, pastikan butiran bayaran adalah betul termasuk Biller Code, Ref-1 dan Jumlah Pembayaran.

Untuk bantuan seterusnya, sila hubungi Khidmat Pelanggan PTPTN 03-2193 3000.

Bagi setiap transaksi bayaran yang berjaya, Penyata Pinjaman/ e-SSPN-i / e-SSPN-i Plus di Portal Rasmi PTPTN akan dikemaskini dalam tempoh 3 hari bekerja.