Direct Debit Untuk Bayaran Balik Pinjaman PTPTN:
A) Maklumat Umum
Direct Debit adalah kemudahan bayaran balik pinjaman PTPTN dan deposit SSPN-i yang mana peminjam/ pendeposit memberi kebenaran kepada PTPTN membuat sejumlah potongan secara berkala daripada Akaun Simpanan/ Akaun Semasa mereka.
Mulai 19 April 2017, permohonan Direct Debit adalah secara online. Kaedah online ini adalah merupakan penambahbaikan yang dibuat menggantikan kaedah sedia ada yang menggunakan borang. Melalui kaedah ini, verification of authorization pemegang akaun adalah melalui Internet Banking yang menggunakan platform FPX.
Langkah-langkah permohonan:
-
Layari Portal Rasmi PTPTN
-
Klik pada ikon Permohonan Direct Debit
a). Permohonan Direct Debit Pinjaman
- Klik Mohon Direct Debit Pinjaman
- Masukkan No Kad Pengenalan > Klik link Penyata Pinjaman yang dipaparkan
Penyata Kira-Kira Pinjaman Ujrah Penyata Kira-Kira Pinjaman Konvensional Masukkan Nombor Kad Pengenalan. Masukkan Nombor Kad Pengenalan. Masukkan Kata Laluan. Klik TERLUPA KATA LALUAN untuk mendapatkan Kata Laluan baharu.
Kata Laluan baharu akan dihantar ke alamat emel yang wujud di dalam sistem PTPTN. Sila kemaskini alamat emel baru di Portal PTPTN sekiranya emel tersebut tidak aktif dan ulangi langkah diatas
Masukkan No Pinjaman.
Sila hubungi Khidmat Pelanggan PTPTN untuk mendapatkan Nombor Pinjaman 03 - 2193 3000
Setelah login ke penyata kira-kira berjaya, klik Penyata Baki Setelah login ke penyata kira-kira berjaya, klik Permohonan Direct Debit Klik Permohonan Direct Debit b). Permohonan Direct Debit SSPN-i
- Klik Mohon Direct Debit Deposit SSPN-i
- Masukkan No Kad Pengenalan Pendeposit
- Klik Semakan Penyata SSPN-i
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan Pendeposit
- Masukkan Kata Laluan
-
Klik TERLUPA KATA LALUAN untuk mendapatkan Kata Laluan baharu pada alamat emel yang dimasukkan
- Setelah login ke penyata simpanan berjaya, klik Pendaftaran Direct Debit.
Berikut adalah bank-bank yang menyediakan kemudahan Pendaftaran Direct Debit secara online.
BANK TEMPATAN | |||
---|---|---|---|
Bil | Nama Bank | Bil | Nama Bank |
1. |
Bank Islam |
9. |
Public Bank |
2. |
Maybank |
10. |
Public Islamic Bank |
3. |
Maybank Islamic |
11. |
RHB Bank |
4. |
Bank Rakyat |
12. |
RHB Islamic Bank |
5. |
CIMB |
13. |
Affin Bank |
6. |
CIMB Islamic |
14. | Ambank |
7. |
Hong Leong Bank |
15. | Alliance |
8. |
Hong Leong Islamic Bank |
16. | Bank Pertanian Malaysia (Agrobank) |
BANK ANTARABANGSA | |||
---|---|---|---|
Bil | Nama Bank | Bil | Nama Bank |
1. |
HSBC |
10. |
Al-Rajhi Bank |
2. |
OCBC |
11. |
BNP Paribas |
3. |
OCBC Al-Amin |
12. |
Bank Of China ( Malaysia) Berhad |
4. |
Standard Chartered |
13. |
Bank Of America (M) Berhad |
5. |
Standard Chartered Saadiq |
14. |
Bank Of Tokyo (MUFG) |
6. |
Deutsche Bank |
15. | Industrial and Commercial Bank Of China |
7. |
UOB Bank |
16. | J.P Morgan Chase Bank |
8. |
Kuwait Finance House |
17. | Mizuho Bank (Malaysia) Berhad |
9. |
Sumitomo Mitsui Banking Corporation |
Ya, kemudahan Direct Debit adalah PERCUMA. Tiada caj dikenakan untuk permohonan dan setiap transaksi Direct Debit yang berjaya. Walau bagaimanapun, bayaran/ deposit pendaftaran dikenakan sebanyak RM1.00 pada setiap kali permohonan dibuat dan akan dipulangkan ke akaun pinjaman/ simpanan PTPTN dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
B) Permohonan Direct Debit
Syarat-syarat permohonan Direct Debit adalah seperti berikut:
-
Permohonan Direct Debit bagi bayaran balik pinjaman atau deposit simpanan adalah untuk Akaun Pinjaman yang berbaki hutang/ Akaun Simpanan yang masih aktif.
-
Amaun permohonan bagi bayaran balik mestilah sama atau melebihi ansuran bulanan yang ditetapkan. Bagi deposit simpanan, amaun minimum yang dibenarkan adalah RM20.
-
Akaun bank yang dipilih untuk perlaksanaan Direct Debit mestilah berstatus Aktif.
Tempoh proses permohonan akan mengambil masa 3 hari bekerja daripada tarikh permohonan yang lengkap.
Permohonan Direct Debit tidak berjaya diproses jika:
-
Akaun pemohon tidak aktif
-
Kegagalan semasa proses log masuk ke sistem perbankan internet bank pembayar
-
Kegagalan semasa proses pengesahan bayaran/ deposit RM1 melalui sistem perbankan internet bank pembayar
-
Baki akaun tidak mencukupi semasa proses pengesahan bayaran/deposit RM1 melalui sistem perbankan internet bank pembayar
-
Sebab-sebab lain yang ditentukan oleh pihak bank pemohon
C) Transaksi Potongan Direct Debit
Potongan bayaran balik dan deposit SSPN-i akan berlaku pada 1hb, 10hb atau 27hb setiap bulan tertakluk kepada tarikh kelulusan permohonan kebenaran Direct Debit oleh pihak bank pemohon.
Transaksi potongan Direct Debit gagal dilakukan kerana sebab-sebab berikut:
- Baki di dalam akaun tidak mencukupi
- Akaun pemohon tutup/ Akaun tidak aktif
- Sebab-sebab lain yang ditentukan oleh pihak bank pemohon
PTPTN akan membuat potongan pada 1hb, 10hb atau 27hb setiap bulan. Sekiranya potongan tidak berjaya dilakukan pada salah satu tarikh tersebut, ini bermakna tiada bayaran balik/ deposit SSPN-i daripada peminjam/ pendeposit bagi bulan tersebut. Peminjam dikehendaki membuat bayaran balik melalui saluran lain bagi mengelakkan pinjaman menjadi tertunggak sekaligus memberi kesan kepada rekod CCRIS.
Pendeposit juga digalakkan membuat simpanan melalui saluran lain bagi menikmati dividen yang diberikan.
Tidak. Setiap potongan adalah di atas jumlah ansuran bayaran balik sebulan sahaja. Sekiranya tiada potongan berjaya dilakukan dalam bulan tersebut, ini bermakna tiada bayaran balik daripada peminjam bagi bulan tersebut.
Oleh itu, peminjam hendaklah memastikan baki dalam akaun bank adalah mencukupi untuk memastikan potongan dapat dibuat sekaligus dapat menikmati kelebihan Direct Debit.
D) Lain - lain
Penyata akan dikemaskini dalam tempoh 3 hari bekerja selepas potongan Direct Debit berjaya dilakukan.
Pembatalan secara automatik akan dibuat sekiranya baki hutang keseluruhan pinjaman telah diselesaikan. Pembatalan di atas sebab-sebab lain adalah tertakluk persetujuan pihak PTPTN.
Tidak boleh. Direct Debit untuk bayaran balik PTPTN/ deposit SSPN-i adalah menggunakan Akaun Simpanan/ Akaun Semasa sahaja.
Kelebihan bagi peminjam yang membuat bayaran balik pinjaman melalui Direct Debit adalah seperti berikut:
-
Peminjam boleh memastikan bayaran balik pinjaman dibuat secara konsisten.
-
Peminjam boleh mengelakkan hutang pinjaman menjadi tertunggak sekaligus mengelakkan tindakan penguatkuasaan seperti senarai hitam Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan saman.
-
Peminjam boleh mengelakkan rekod buruk dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) apabila tiada tunggakan pinjaman.
-
Memastikan simpanan secara konsisten setiap bulan.
*Tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
Boleh. Walau bagaimanapun permohonan Direct Debit tidak membenarkan lebih dari satu pemegang akaun bank yang berlainan membuat potongan ke atas akaun pinjaman/ simpanan yang sama.
Contoh:
Bil | Situasi | Status Permohonan | Catatan |
---|---|---|---|
1 | Ibu membuat bayaran balik melalui DD bagi anak | Permohonan Direct Debit dibenarkan | Satu pemegang akaun bank membuat potongan ke atas akaun pinjaman Pemegang Akaun Bank: Ibu |
2 | Ibu dan Bapa membuat bayaran balik bagi anak yang sama | Permohonan Direct Debit tidak dibenarkan |
Lebih dari satu pemegang akaun bank membuat potongan ke atas akaun pinjaman yang sama. Pemegang Akaun Bank :
|