Simpan SSPN Plus
SSPN atau Skim Simpanan Pendidikan Nasional merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan penabungan untuk pendidikan tinggi. SSPN telah dilancarkan secara rasmi pada 6 Ogos 2004. SSPN terdiri daripada dua komponen produk simpanan iaitu Simpan SSPN Prime (dahulunya dikenali sebagai SSPN-i) dan Simpan SSPN Plus (dahulunya dikenali sebagai SSPN-i Plus).
Simpan SSPN Plus merupakan produk terbaru PTPTN dengan kerjasama Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT), Great Eastern Takaful Berhad (GETB) dan Takaful IKHLAS Family Berhad (TIFB) sebagai Syarikat Pengendali Takaful (SPT) bagi produk ini.
Ya. Pelan simpanan ini adalah patuh syariah yang menggunakan konsep Wakalah Bil Istithmar bagi simpanan SSPN iaitu di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan. Manakala bagi skim takaful pula menggunakan konsep Iltizam Bil Al Tabarru. Produk ini telah mendapat pengesahan syariah oleh Islamic Banking and Financial Institution of Malaysia (IBFIM).
Simpan SSPN Plus menawarkan enam (6) pakej pilihan dengan komitmen terendah sebanyak RM30 sebulan (RM20 simpanan dan RM10 takaful). Ringkasan pakej adalah seperti berikut :
PAKEJ | INTAN | DELIMA | TOPAS | ZAMRUD | NILAM | BERLIAN |
---|---|---|---|---|---|---|
Simpanan Bulanan Simpan SSPN Plus | RM20 | RM40 | RM90 | RM180 | RM270 | RM200 |
Sumbangan Takaful | RM10 | RM10 | RM10 | RM20 | RM30 | RM300 |
Jumlah Komitmen Bulanan | RM30 | RM50 | RM100 | RM200 | RM300 | RM500 |
Keistimewaan produk Simpan SSPN Plus adalah seperti berikut:
-
Produk patuh syariah;
-
Pelepasan cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa (tahun taksiran) sehingga RM8,000 setahun (bersekali dengan produk Simpan SSPN Prime);
-
Pelepasan cukai ke atas sumbangan takaful bagi tahun semasa (tahun taksiran) sehingga RM3,000 setahun (bagi pekerja swasta atau penjawat awam yang memilih KWSP) atau RM7,000 setahun (bagi Penjawat Awam memilih Pencen Kerajaan);
-
Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.
-
Manfaat kematian dan ilat kekal (kemalangan) sehingga RM1,200,000 bergantung kepada pakej dan Syarikat Pengendali Takaful (SPT);
-
Tiada pemeriksaan kesihatan.
-
Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;
-
Khairat kematian kepada pendeposit, pasangan dan anak-anak (maksimum 5 orang anak sahaja tertakluk kepada Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang dipilih);
-
Manfaat sehingga 45 penyakit kritikal sehingga RM250,000.00 bergantung kepada pakej dan SPT yang dipilih
-
Elaun kemasukan hospital sehingga RM250 sehari bergantung kepada pakej dan SPT yang dipilih
-
Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN;
-
Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.
-
Simpanan dijamin Kerajaan
Perbezaan antara produk Simpan SSPN Plus dengan Simpan SSPN Prime adalah seperti berikut :
Perkara | Simpan SSPN Plus | Simpan SSPN Prime |
---|---|---|
Komitmen Minimum | Serendah RM30/ sebulan | Tiada |
Sumbangan Takaful | Serendah RM10 sebulan atau mengikut pakej yang dipilih. | Percuma *Layak hanya kepada pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas |
Manfaat Takaful i. Mengikut pakej dan Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang dipilih |
Manfaat kematian/ ilat kekal (kemalangan) sehingga RM1,200,000. | Manfaat kematian/ ilat kekal (kemalangan) Ringgit ke Ringgit. |
Manfaat kematian/ ilat kekal (biasa) sehingga RM1,000,000. | Manfaat kematian/ ilat kekal (biasa) Ringgit ke Ringgit. | |
Manfaat ilat kekal separa sehingga RM200,000 | Tiada | |
Manfaat sehingga 45 penyakit kritikal sehingga RM200,000 | Tiada | |
Elaun kemasukan hospital sehingga RM250 sehari. | Tiada | |
Khairat kematian* : i. Pendeposit - sehingga RM25,000 ii. Pasangan - sehingga 12,500 dan iii. 5 anak - sehingga RM 5,000 seorang. |
Khairat kematian bagi: i. Pendeposit - RM2,000, dan ii. Penerima manfaat - RM500 |
|
Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan | i. Sehingga RM8,000 setahun berdasarkan simpanan bersih Simpan SSPN Plus dan Simpan SSPN Prime tahun semasa. ii. Menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai iaitu sehingga RM7,000 setahun berdasarkan bayaran sumbangan takaful tahun semasa. |
i. Sehingga RM8,000 setahun berdasarkan simpanan bersih Simpan SSPN Plus dan Simpan SSPN Prime tahun semasa. ii. Tiada |
Geran Sepadan (Insentif kemasukan ke IPT) | Tiada | Sehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak. |
Syarat Pembukaan Akaun | Mana-mana warganegara Malaysia boleh membuka akaun untuk:
|
Mana-mana warganegara Malaysia boleh membuka akaun untuk:
|
Boleh. Pendeposit yang telah mempunyai akaun Simpan SSPN Prime boleh membuka akaun Simpan SSPN Plus tanpa perlu menutup akaun Simpan SSPN Prime.
Boleh dengan syarat akaun yang dibuka melibatkan penerima manfaat berbeza yang tidak pernah mempunyai akaun SSPN-i Plus sebelum ini.
Bagi akaun SSPN-i Plus sedia ada, ianya akan dipindahkan secara automatik ke akaun Simpan SSPN Plus di bawah Syarikat Pengendali Takaful (SPT) asal iaitu HLMT.
Manfaat takaful bagi setiap pakej adalah berbeza mengikut Syarikat Pengendali Takaful (SPT) seperti berikut:
PAKEJ INTAN (RM30) | |||
PERKARA | MANFAAT TAKAFUL | ||
GETB | HLMT | TIFB | |
Kematian Biasa (RM) Kemalangan - Kemalangan di Malaysia (RM) - Kemalangan di Malaysia di dalam pengangkutan awam (RM) - Kemalangan di luar Malaysia (RM) |
25,000.00 50,000.00 50,000.00 75,000.00 |
30,000.00
60,000.00 60,000.00 60,000.00 |
24,000.00 48,000.00 48,000.00 48,000.00 |
Keilatan Ilat Kekal Biasa (RM) Ilat Kekal Kemalangan (RM) Ilat Separa Kekal Kemalangan (RM) Ilat Separa Kekal Biasa (RM) |
25,000.00 50,000.00 25,000.00 - |
30,000.00 60,000.00 10,000.00 10,000.00 |
24,000.00 48,000.00 - - |
Penyakit Kritikal Amaun perlindungan (RM) Jumlah penyakit dilindungi |
12,500.00 45 |
12,000.00 36 |
12,000.00 36 |
Manfaat Pendapatan Hospital Amaun perlindungan/ sehari (RM) Bilangan minggu |
25.00 52 |
25.00 52 |
20.00 52 |
Khairat Kematian 1. Pendeposit (RM) 2. Pasangan (RM) 3. Anak Amaun perlindungan (RM) Bilangan anak yang dilindungi |
2,800.00 2,800.00 1,200.00 5 |
3,000.00 3,000.00 1,500.00 3 |
4,000.00 4,000.00 2,000.00 3 |
Lain-lain manfaat Penyakit Terminal Manfaat Rawatan Pesakit Luar Akibat Kemalangan |
12,500.00 - |
- - |
- 100.00 |
PAKEJ DELIMA (RM50) | |||
PERKARA | MANFAAT TAKAFUL | ||
GETB | HLMT | TIFB | |
Kematian Biasa (RM) Kemalangan - Kemalangan di Malaysia (RM) - Kemalangan di Malaysia di dalam pengangkutan awam (RM) - Kemalangan di luar Malaysia (RM) |
25,000.00 50,000.00 50,000.00 75,000.00 |
30,000.00
60,000.00 60,000.00 60,000.00 |
24,000.00 48,000.00 48,000.00 48,000.00 |
Keilatan Ilat Kekal Biasa (RM) Ilat Kekal Kemalangan (RM) Ilat Separa Kekal Kemalangan (RM) Ilat Separa Kekal Biasa (RM) |
25,000.00 50,000.00 25,000.00 - |
30,000.00 60,000.00 10,000.00 10,000.00 |
24,000.00 48,000.00 - - |
Penyakit Kritikal Amaun perlindungan (RM) Jumlah penyakit dilindungi |
12,500.00 45 |
12,000.00 36 |
12,000.00 36 |
Manfaat Pendapatan Hospital Amaun perlindungan/ sehari (RM) Bilangan minggu |
25.00 52 |
25.00 52 |
20.00 52 |
Khairat Kematian 1. Pendeposit (RM) 2. Pasangan (RM) 3. Anak Amaun perlindungan (RM) Bilangan anak yang dilindungi |
2,800.00 2,800.00 1,200.00 5 |
3,000.00 3,000.00 1,500.00 3 |
4,000.00 4,000.00 2,000.00 3 |
Lain-lain manfaat Penyakit Terminal Manfaat Rawatan Pesakit Luar Akibat Kemalangan |
12,500.00 - |
- - |
- 100.00 |
PAKEJ TOPAS (RM100) | |||
PERKARA | MANFAAT TAKAFUL | ||
GETB | HLMT | TIFB | |
Kematian Biasa (RM) Kemalangan - Kemalangan di Malaysia (RM) - Kemalangan di Malaysia di dalam pengangkutan awam (RM) - Kemalangan di luar Malaysia (RM) |
25,000.00 50,000.00 50,000.00 75,000.00 |
30,000.00
60,000.00 60,000.00 60,000.00 |
24,000.00 48,000.00 48,000.00 48,000.00 |
Keilatan Ilat Kekal Biasa (RM) Ilat Kekal Kemalangan (RM) Ilat Separa Kekal Kemalangan (RM) Ilat Separa Kekal Biasa (RM) |
25,000.00 50,000.00 25,000.00 - |
30,000.00 60,000.00 10,000.00 10,000.00 |
24,000.00 48,000.00 - - |
Penyakit Kritikal Amaun perlindungan (RM) Jumlah penyakit dilindungi |
12,500.00 45 |
12,000.00 36 |
12,000.00 36 |
Manfaat Pendapatan Hospital Amaun perlindungan/ sehari (RM) Bilangan minggu |
25.00 52 |
25.00 52 |
20.00 52 |
Khairat Kematian 1. Pendeposit (RM) 2. Pasangan (RM) 3. Anak Amaun perlindungan (RM) Bilangan anak yang dilindungi |
2,800.00 2,800.00 1,200.00 5 |
3,000.00 3,000.00 1,500.00 3 |
4,000.00 4,000.00 2,000.00 3 |
Lain-lain manfaat Penyakit Terminal Manfaat Rawatan Pesakit Luar Akibat Kemalangan |
12,500.00 - |
- - |
- 100.00 |
PAKEJ ZAMRUD (RM200) | |||
PERKARA | MANFAAT TAKAFUL | ||
GETB | HLMT | TIFB | |
Kematian Biasa (RM) Kemalangan - Kemalangan di Malaysia (RM) - Kemalangan di Malaysia di dalam pengangkutan awam (RM) - Kemalangan di luar Malaysia (RM) |
50,000.00 100,000.00 100,000.00 150,000.00 |
60,000.00
120,000.00 120,000.00 120,000.00 |
48,000.00 96,000.00 96,000.00 96,000.00 |
Keilatan Ilat Kekal Biasa (RM) Ilat Kekal Kemalangan (RM) Ilat Separa Kekal Kemalangan (RM) Ilat Separa Kekal Biasa (RM) |
50,000.00 100,000.00 50,000.00 - |
60,000.00 120,000.00 20,000.00 20,000.00 |
48,000.00 96,000.00 - - |
Penyakit Kritikal Amaun perlindungan (RM) Jumlah penyakit dilindungi |
25,000.00 45 |
24,000.00 36 |
24,000.00 36 |
Manfaat Pendapatan Hospital Amaun perlindungan/ sehari (RM) Bilangan minggu |
50.00 52 |
50.00 52 |
40.00 52 |
Khairat Kematian 1. Pendeposit (RM) 2. Pasangan (RM) 3. Anak Amaun perlindungan (RM) Bilangan anak yang dilindungi |
3,000.00 3,000.00 1,500.00 5 |
3,000.00 3,000.00 1,500.00 3 |
4,000.00 4,000.00 2,000.00 3 |
Lain-lain manfaat Penyakit Terminal Manfaat Rawatan Pesakit Luar Akibat Kemalangan |
25,000.00 - |
- - |
- 200.00 |
PAKEJ NILAM (RM300) | |||
PERKARA | MANFAAT TAKAFUL | ||
GETB | HLMT | TIFB | |
Kematian Biasa (RM) Kemalangan - Kemalangan di Malaysia (RM) - Kemalangan di Malaysia di dalam pengangkutan awam (RM) - Kemalangan di luar Malaysia (RM) |
75,000.00 150,000.00 150,000.00 225,000.00 |
90,000.00
180,000.00 180,000.00 180,000.00 |
72,000.00 144,000.00 144,000.00 144,000.00 |
Keilatan Ilat Kekal Biasa (RM) Ilat Kekal Kemalangan (RM) Ilat Separa Kekal Kemalangan (RM) Ilat Separa Kekal Biasa (RM) |
75,000.00 150,000.00 75,000.00 - |
90,000.00 180,000.00 30,000.00 30,000.00 |
72,000.00 144,000.00 - - |
Penyakit Kritikal Amaun perlindungan (RM) Jumlah penyakit dilindungi |
37,500.00 45 |
36,000.00 36 |
36,000.00 36 |
Manfaat Pendapatan Hospital Amaun perlindungan/ sehari (RM) Bilangan minggu |
70.00 52 |
75.00 52 |
60.00 52 |
Khairat Kematian 1. Pendeposit (RM) 2. Pasangan (RM) 3. Anak Amaun perlindungan (RM) Bilangan anak yang dilindungi |
3,000.00 3,000.00 1,500.00 5 |
3,000.00 3,000.00 1,500.00 3 |
4,000.00 4,000.00 2,000.00 3 |
Lain-lain manfaat Penyakit Terminal Manfaat Rawatan Pesakit Luar Akibat Kemalangan |
37,500.00 - |
- - |
- 300.00 |
PAKEJ BERLIAN (RM500) | |||
PERKARA | MANFAAT TAKAFUL | ||
GETB | HLMT | TIFB | |
Kematian Biasa (RM) Kemalangan - Kemalangan di Malaysia (RM) - Kemalangan di Malaysia di dalam pengangkutan awam (RM) - Kemalangan di luar Malaysia (RM) |
1,000,000.00 1,000,000.00 1,000,000.00 1,000,000.00 |
600,000.00
1,200,000.00 1,200,000.00 1,200,000.00 |
500,000.00 1,000,000.00 1,000,000.00 1,000,000.00 |
Keilatan Ilat Kekal Biasa (RM) Ilat Kekal Kemalangan (RM) Ilat Separa Kekal Kemalangan (RM) Ilat Separa Kekal Biasa (RM) |
1,000,000.00 1,000,000.00 200,000.00 200,000.00 |
600,000.00 1,200,000.00 100,000.00 100,000.00 |
500,000.00 1,000,000.00 200,000.00 200,000.00 |
Penyakit Kritikal Amaun perlindungan (RM) Jumlah penyakit dilindungi |
200,000.00 45 |
120,000.00 36 |
200,000.00 36 |
Manfaat Pendapatan Hospital Amaun perlindungan/ sehari (RM) Bilangan minggu |
250.00 52 |
250.00 52 |
200.00 52 |
Khairat Kematian 1. Pendeposit (RM) 2. Pasangan (RM) 3. Anak Amaun perlindungan (RM) Bilangan anak yang dilindungi |
25,000.00 12,500.00 5,000.00 5 |
20,000.00 10,000.00 3,000.00 3 |
25,000.00 12,500.00 5,000.00 3 |
Lain-lain manfaat Penyakit Terminal Manfaat Rawatan Pesakit Luar Akibat Kemalangan Manfaat penghantaran balik jenazah |
200,000.00 - 10,000.00 |
- - - |
- 3,000.00 - |
Syarat bagi Pendeposit :
- Warganegara Malaysia;
- Mencapai umur 18 tahun sehingga sehari sebelum mencapai umur 69 tahun (mengikut Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang dipilih); dan
- Boleh membuka akaun untuk diri sendiri (sebagai penerima manfaat) tetapi tidak boleh mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan.
Syarat bagi Penerima Manfaat :
- Warganegara Malaysia;
- Hubungan dengan pendeposit hendaklah sama ada anak kandung/ anak tiri/ anak angkat; dan
- Berumur 1 hari sehingga sehari sebelum mencapai umur 29 tahun (untuk layak mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan).
Had umur pembukaan akaun Simpan SSPN Plus mengikut Syarikat Pengendali Takaful (SPT) adalah berikut :
Syarikat Pengendali Takaful | Had Umur Maksimum Pendeposit bagi Pembukaan Akaun |
HLMT TIFB |
Sehingga sebelum mencapai 65 tahun |
GETB | Sehingga sebelum mencapai 69 tahun |
Tiada sebarang pemeriksaan kesihatan atau laporan perubatan diperlukan untuk membuka akaun. Namun begitu bagi pembukaan akaun Pakej Berlian, bakal pendeposit perlu menjawab tiga (3) soalan kesihatan yang terdapat pada borang pembukaan akaun. Jika terdapat jawapan YA bagi salah satu soalan, bakal pendeposit TIDAK LAYAK menyertai Pakej Berlian dan dinasihatkan untuk menyertai pakej yang lain yang ditawarkan.
Bilangan akaun bagi pakej Berlian yang boleh dibuka adalah berbeza mengikut Syarikat Pengendali Takaful (SPT) seperti berikut :
SPT | HAD BILANGAN AKAUN PAKEJ BERLIAN |
HLMT | Dua (2) |
GETB TIFB |
Satu (1) |
Had umur perlindungan untuk pendeposit Simpan SSPN Plus adalah berbeza mengikut Syarikat Pengendali Takaful (SPT) seperti berikut :.
SPT | HAD UMUR PERLINDUNGAN |
HLMT TIFB |
Sehingga sehari sebelum mencapai 66 tahun |
GETB | Sehingga sehari sebelum mencapai 70 tahun |
Berikut adalah saluran/kaedah yang disediakan:
Saluran Simpanan | Caj |
---|---|
Kaunter PTPTN
|
Tiada |
Potongan Gaji
|
Tiada |
Auto Debit
|
|
Perbankan Internet
|
Tiada |
JomPay
|
Tiada |
SSPN-i Plus online
|
Tiada |
Direct Debit
|
Tiada |
Bahagian simpanan hanya boleh dikeluarkan selepas tiga (3) tahun daripada tarikh pembukaan akaun. Selepas tempoh tiga (3) tahun tersebut, pendeposit boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa dengan jumlah minimum simpanan yang perlu dikekalkan dalam akaun adalah sebanyak RM1,000 (tertakluk syarat-syarat lain yang ditetapkan dari masa ke semasa).
Pendeposit boleh membuat pengeluaran melalui kaedah seperti berikut :
Kaunter | Permohonan Online |
---|---|
Perlu mengisi:
| Membuat permohonan pengeluaran deposit secara atas talian melalui Portal Rasmi PTPTN. |
Pendeposit diberikan tempoh ihsan selama 60 hari untuk menyelesaikan tunggakan tersebut. Sekiranya tiada sebarang bayaran diterima selepas tempoh ihsan, akaun akan ditutup serta-merta.
Sekiranya penerima manfaat meninggal dunia, akaun akan ditutup dan semua keistimewaan akan terbatal kecuali manfaat khairat kematian.
Tidak. Pendeposit tidak akan menerima apa-apa penentusahan keahlian daripada PTPTN. Walau bagaimanapun, pendeposit akan menerima Sijil Takaful (Certificate Schedule) yang dihantar oleh Syarikat Pengendali Takaful (SPT) secara e-mel dalam tempoh 30 hari (sebulan) daripada tarikh pembukaan akaun
Penyakit kritikal yang dilindungi adalah bergantung pada Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang dipilih. Berikut adalah penyakit-penyakit kritikal yang dilindungi oleh syarikat pengendali takaful:
Bil. | Syarikat Pengendali Takaful (SPT)/ Penyakit Kritikal | GETB | HLMT | TIFB |
1 | Alzheimer/ dementia teruk/ gangguan otak degeneratif organik tidak boleh pulih | / | / | / |
2 | Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari | / | / | / |
3 | Meningitis Bakteria | / | / | / |
4 | Tumor Otak Benigna – Keterukan tertentu | / | / | / |
5 | Buta – kekal dan tidak boleh pulih | / | / | / |
6 | Pembedahan otak | / | / | / |
7 | Kanser - keterukan tertentu dan tidak melindungi kanser tahap awal | / | / | / |
8 | Kardiomiopati – keterukan tertentu | / | / | / |
9 | Anemia Aplastik Kronik – Mengakibatkan Kegagalan kekal sumsum tulang | / | / | / |
10 | Koma – mengakibatkan defisit neurologi kekal dengan symptom klinikal yang berterusan | / | / | / |
11 | Pembedahan pintasan arteri koronari | / | / | / |
12 | Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih | / | / | / |
13 | Ensefalitis – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk melakukan aktiviti kehidupan harian | / | / | / |
14 | Kegagalan hati tahap akhir | / | / | / |
15 | Penyakit paru-paru tahap akhir | / | / | / |
16 | AIDS dengan gejala penuh | / | ||
17 | Hepatitis Viral/Virus Fulminan | / | / | / |
18 | Serangan jantung – keterukan tertentu | / | / | / |
19 | Pembedahan Injap Jantung | / | / | / |
20 | Jangkitan HIV melalui Transfusi Darah | / | / | / |
21 | Kegagalan buah pinggang – memerlukan dialysis atau transplan buah pinggang | / | / | / |
22 | Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (berdikari) | / | ||
23 | Hilang keupayaan bertutur | / | / | / |
24 | Trauma Kepala Major (Teruk) - mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan aktiviti kehidupan harian | / | / | / |
25 | Transplan Organ Utama/ Sumsum tulang | / | / | / |
26 | Penyakit neuron motor – defisit neurologi kekal dengan symptom klinikal berterusan | / | / | / |
27 | Sklerosis Multipel | / | / | / |
28 | Distrofi otot | / | / | / |
29 | Kelumpuhan anggota | / | / | / |
30 | Penyakit Parkinson – mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan aktiviti kehidupan harian | / | / | / |
31 | Hipertensi Arteri Pulmunori Primer – keterukan tertentu | / | / | / |
32 | Penyakit arteri koronari serius | / | / | / |
33 | Strok/ Angin Ahmar – mengakibatkan deficit neurologi kekal dengan symptom-simptom klinikal berterusan | / | / | / |
34 | Pembedahan Aorta | / | / | / |
35 | Lupus Eritematosus Sistematik dengan komplikasi buah pinggang yang teruk | / | / | / |
36 | Kelecuran tahap ketiga – keterukan tertentu | / | / | / |
37 | Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui pekerjaan | / | ||
38 | Penyakit Terminal (membawa maut) | / | / | / |
39 | Penyakit Sistik Medular | / | / | / |
40 | Sindrom Apallic (iaitu keadaan Vegetatif Berterusan) | / | ||
41 | Poliomielitis | / | ||
42 | Skleroderma Progresif | / | ||
43 | Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik | / | ||
44 | Elefantiasis (PenyaKit Untut) | / | ||
45 | Penyakit Creutzfeldt- Jakob (Penyakit Lembu Gila) | / |
Boleh terhad kepada pakej Intan, Delima, Topas, Zamrud dan Nilam sahaja serta tertakluk kepada tempoh menunggu yang ditetapkan oleh Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang dipilih.
Tempoh menunggu bagi Simpan SSPN Plus adalah mengikut jenis manfaat takaful dan Syarikat Pengendali Takaful (SPT) seperti berikut
MANFAAT | TEMPOH MENUNGGU MENGIKUT SPT | ||
HLMT | GETB | TIFB | |
Kematian Biasa | - Perlindungan serta merta - Pakej Berlian : 3 bulan dari tarikh kuat kuasa. |
- Perlindungan Serta Merta |
-Selain Pakej Berlian 12 bulan untuk penyakit sedia ada - Perlindungan serta merta (selain untuk penyakit sedia ada) - Pakej Berlian 3 bulan |
Kematian Akibat Kemalangan | - Perlindungan Serta Merta | - Perlindungan Serta Merta | - Perlindungan Serta Merta |
Keilatan Kekal Biasa | - 12 bulan dari tarikh kuat kuasa untuk keadaan sedia ada | - 12 bulan dari tarikh kuat kuasa (keadaan sedia ada) | - 6 bulan untuk penyakit sedia ada |
Keilatan Kekal Akibat Kemalangan | - Perlindungan Serta Merta | - Perlindungan Serta Merta | - Perlindungan Serta Merta |
Keilatan Separa Kekal Biasa | - Biasa– 12 bulan dari tarikh kuat kuasa untuk keadaan sedia ada - Kemalangan– Perlindungan Serta Merta |
- Pakej Berlian sahaja: 12 bulan dari tarikh kuat kuasa (keadaan sedia ada) | - Pakej Berlian perlindungan serta merta - Selain Pakej Berlian 12 bulan untuk penyakit sedia ada - Perlindungan serta merta (selain untuk penyakit sedia ada). |
Keilatan Separa Kekal Akibat Kemalangan | - Perlindungan Serta Merta | - Tiada | |
Penyakit Kritikal | - Kanser dan Penyakit Berkaitan - Jantung– 60 hari dari tarikh kuat kuasa - Penyakit Lain– 30 hari dari tarikh kuat kuasa - Keadaan Sedia Ada– 12 bulan dari tarikh kuat kuasa |
- 30 hari dari tarikh kuat kuasa (untuk Serangan Jantung, Pembedahan Pintasan Arteri Koronari, Kanser, Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain untuk Penyakit Arteri Koronari Utama, Penyakit Koronari Arteri Lain yang Serius) - 60 hari dari tarikh kuat kuasa (untuk penyakit kritikal lain) |
- 30 hari dari tarikh kuat kuasa bulan untuk (penyakit khusus) - 60 hari dari tarikh kuat kuasa bulan untuk (penyakit khusus) |
Elaun Kemasukan Hospital | - Kemalangan– Perlindungan Serta Merta - Penyakit Khusus– 120 hari dari tarikh kuat kuasa - Penyakit Lain– 30 hari dari tarikh kuat kuasa - Keadaan Sedia Ada– 12 bulan dari tarikh kuat kuasa |
- 30 hari dari tarikh kuat kuasa (disebabkan oleh secara semula jadi)
- 120 hari hari dari tarikh kuat kuasa ( penyakit khusus) - Perlindungan serta-merta (akibat kemalangan) |
- Kemalangan- Perlindungan serta-merta - Penyakit - 30 hari dari tarikh kuat kuasa - Penyakit Khusus - 120 hari dari tarikh kuat kuasa - 180 hari untuk setiap satu kemasukkan hospital - 365 hari untuk sepanjang tempoh perlindungan |
Khairat Kematian | - Keadaan Sedia Ada – 12 bulan dari tarikh kuat kuasa (hanya untuk Pendeposit). Anak dan pasangan tiada tempoh menunggu | - Perlindungan Serta Merta | - Keadaan Sedia Ada – 12 bulan dari tarikh kuat kuasa (hanya untuk Pendeposit). Anak dan pasangan tiada tempoh menunggu |
Penyakit Terminal | - Tidak berkaitan | - 30 hari dari tarikh kuat kuasa | - Tidak berkaitan |
Tidak. Elaun kemasukan hospital tidak terhad dalam Malaysia sahaja. Elaun juga layak dituntut bagi kemasukan hospital di luar negara selagi kunjungan tersebut bukan atas tujuan perubatan. Walau bagaimanapun, kemasukan hospital di Singapura dibayar bagi tujuan perubatan.
Ya, selagi anggota beruniform tidak terlibat secara langsung dalam tugasan peperangan/ rusuhan, rusuhan awam sama ada diisytihar atau tidak.
Boleh. Pendeposit boleh membuka akaun untuk diri sendiri tertakluk kepada syarat pembukaan akaun yang ditetapkan.
Tidak boleh. Pendeposit yang membuka akaun untuk diri sendiri hanya boleh mempunyai satu akaun sahaja.
Ya. Penerima manfaat boleh mempunyai lebih dari satu akaun dengan syarat akaun dibuka oleh pendeposit berbeza sama ada ibu atau bapa atau penjaga yang sah (ibu bapa tiri/ ibu bapa angkat).
Tidak dilindungi.
Pembukaan akaun bagi anak jagaan yang sah sama ada anak angkat atau anak tiri hanya boleh dibuka di kaunter PTPTN dengan membawa salinan dokumen berikut :
- Anak Angkat : Surat Akuan Berkanun Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau Sijil Anak Angkat JPN
- Anak Tiri : Sijil/ Kad Nikah Ibu Bapa dan Sijil Kelahiran Anak
Tidak boleh. Pendeposit hendaklah menutup akaun sedia ada dan membuka akaun yang baharu dengan pakej yang hendak dipilih.
Ya. Pendeposit akan dilindungi serta-merta bagi manfaat takaful disebabkan kemalangan.
Manfaat kematian akan dibayar bagi kelima-lima akaun yang dibuka oleh pendeposit.
Contoh:
Bagi kematian biasa, sekiranya kelima-lima akaun tersebut adalah akaun Delima di bawah syarikat pengendali takaful HLMT, jumlah keseluruhan manfaat kematian yang dibayar adalah sebanyak RM150,000 (RM30,000 x 5 akaun). Manfaat tersebut akan dimasukkan semula ke dalam akaun masing-masing dan bayaran kepada waris akan dibuat mengikut proses penutupan
Waris atau Penama (yang didaftar di PTPTN) boleh membuat tuntutan.
Pasangan hendaklah memenuhi syarat berikut:
-
Hubungan adalah sah dan diiktiraf dari segi undang-undang;
-
Berumur 18 tahun sehingga sebelum mencapai had umur perlindungan 70 tahun (mengikut Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang dipilih);
-
Bagi tuntutan atas isteri (jika mempunyai lebih dari seorang isteri yang sah), khairat diberikan ke atas isteri yang mana meninggal dahulu.
Anak hendaklah memenuhi syarat berikut:
-
Hubungan adalah sah dan diiktiraf dari segi undang-undang;
-
Berumur 18 tahun sehingga sebelum mencapai had umur perlindungan 70 tahun (mengikut Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang dipilih);
-
Bagi tuntutan atas isteri (jika mempunyai lebih dari seorang isteri yang sah), khairat diberikan ke atas isteri yang mana meninggal dahulu.
Bagi kes kematian pendeposit, kaedah pemulangan simpanan dan pembayaran manfaat takaful oleh syarikat pengendali takaful adalah seperti berikut:
-
Bagi jumlah simpanan atau manfaat yang kurang daripada RM3,000 - waris hendaklah mengisi dan menandatangani Bon Tanggung Rugi serta dokumen yang berkaitan yang mengikat dari segi undang-undang; atau
-
Bagi jumlah simpanan atau manfaat takaful RM3,000 dan ke atas - Pengeluaran wang deposit dari akaun si mati bagi baki semasa simpanan berjumlah RM3,000 dan ke atas (termasuk manfaat takaful dan dividen) dengan mengemukakan dokumen asal atau salinan
- Geran Surat Kuasa Mentadbir/ Geran Probet (Petisyen di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya; atau
- Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Dan Daerah; atau
- Surat Kuasa Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Amanah Raya Berhad, Seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akuan/ Arahan).
Pembayaran akan dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap dan diserahkan kepada Syarikat Pengendali Takaful (SPT).