Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP):

Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) adalah merupakan wang pendahuluan berjumlah RM1,500 yang diberikan kepada pelajar yang layak sebelum mereka mendaftar di IPT

Syarat-syarat WPP adalah:

  1. Penjaga pelajar/ pelajar mestilah Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR);

  2. Warganegara Malaysia;

  3. Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di Universiti Awam & Politeknik; dan

  4. Tiada hutang WPP

Kaedah permohonan adalah berdasarkan pengesahan setuju terima WPP yang dibuat semasa permohonan kemasukan ke IPT iaitu sama ada melalui Portal UPU atau IPT.

Semakan boleh dibuat di portal rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my) mulai 1 Jun 2018. Makluman melalui SMS dan emel juga dibuat berdasarkan nombor telefon bimbit beserta alamat emel yang dikemaskini semasa permohonan kemasukan ke IPT.

WPP boleh ditunaikan oleh pelajar di mana-mana kaunter Bank Islam dengan membawa dokumen berikut:

  1. Surat tawaran WPP yang dicetak daripada portal rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my);

  2. MyKad pelajar (Wakil adalah tidak dibenarkan)

WPP boleh ditunaikan dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh surat tawaran WPP.

Contoh:

  1. Tarikh Surat Tawaran WPP: 27 Ogos 2019.
  2. Tempoh Surat Tawaran WPP Ditunaikan: Mulai 27 Ogos 2019 hingga 27 Oktober 2019.

Tiada. Pertimbangan pemberian WPP hanya diberikan kepada penjaga pelajar/ pelajar yang menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sahaja.

Tidak. WPP merupakan sebahagian daripada pinjaman yang diberikan sebagai pendahuluan sebelum pelajar mendaftar masuk ke IPT. Pemotongan sebanyak RM500.00 setiap semester daripada jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik apabila pinjaman diluluskan.

Situasi yang tidak membenarkan pelajar menunaikan WPP adalah seperti berikut:

  1. Pelajar tidak meneruskan pengajian di IPT yang ditawarkan.
  2. Pelajar tidak meneruskan pengajian di dalam kursus yang ditawarkan.

Sekiranya WPP tersebut telah ditunaikan, pelajar dikehendaki membayar balik jumlah tersebut dalam tempoh lapan (8) bulan daripada tarikh tamat waran. Ta'widh sebanyak 1% setahun akan dikenakan ke atas baki yang belum dijelaskan mulai bulan ke 9 dari tarikh tamat waran

Dokumen yang perlu disertakan sekiranya kehilangan MyKad adalah Kad Pengenalan Sementara yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Tidak boleh. Pelajar dikehendaki mencetak semula surat tawaran WPP baharu dan memastikan maklumat Nombor Kad Pengenalan/ Nombor Waran adalah lengkap.

Boleh tetapi pelajar perlu sertakan dokumen sokongan lain seperti lesen memandu, sijil lahir atau surat tawaran ke IPT

Boleh. Pelajar dikehendaki menunaikan WPP terlebih dahulu dan seterusnya mengisi borang deposit ke akaun simpanan.