Rayuan Pertambahan Jumlah Pinjaman Pendidikan :
Jumlah pinjaman ditentukan berdasarkan pendapatan bersih isi rumah penjaga seperti di bawah:
JUMLAH PINJAMAN | KELAYAKAN |
---|---|
Maksimum | Sekiranya pelajar atau penjaga pelajar disenaraikan sebagai penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) |
75% daripada pinjaman maksimum | Pendapatan keluarga tidak melebihi RM8,000 (tiada dalam data BPR) |
50% daripada pinjaman maksimum | Pendapatan keluarga melebihi RM8,000 (tiada dalam data BPR) |
Rayuan pinjaman kategori maksimum hanya dipertimbangkan sekiranya pelajar atau penjaga pelajar disenaraikan sebagai penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada tahun semasa permohonan PTPTN diluluskan.
Tidak boleh. Jumlah pinjaman kategori maksima adalah jumlah tertinggi yang diberikan oleh PTPTN kepada mana-mana pelajar yang layak. Pelajar dinasihatkan untuk mendapatkan pinjaman daripada badan penaja yang lain sekiranya jumlah pinjaman yang diberikan masih tidak mencukupi tertakluk kepada polisi dan peraturan badan penaja tersebut.