Ujrah: Pertukaran Ujrah

Semua peminjam konvensional yang belum membuat pertukaran Ujrah adalah layak, termasuk peminjam yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan. Mulai 1 Oktober 2014, peminjam yang mempunyai lebih daripada satu pinjaman diwajibkan membuat penggabungan pinjaman untuk permohonan pertukaran Ujrah.

Mereka yang TIDAK LAYAK memohon pertukaran Ujrah adalah seperti berikut:

  1. Penerima WPP bukan peminjam

  2. Peminjam yang tidak bersetuju untuk membuat penggabungan pinjaman sekiranya mempunyai lebih daripada satu pinjaman konvensional

Layak. Berkuatkuasa 1 Julai 2015 peminjam perlu menjelaskan sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah tunggakan, keseluruhan kos penguatkuasaan dan kos pelbagai (sekiranya ada) terlebih dahulu sebagai komitmen peminjam sebelum permohonan pertukaran Ujrah dibuat. Peminjam perlu memaklumkan kepada PTPTN selepas bayaran dibuat

Layak. Peminjam diminta hadir ke kaunter PTPTN berhampiran untuk membuat bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah tunggakan sebelum permohonan pertukaran Ujrah dibuat. Nama peminjam akan dikeluarkan daripada senarai hitam setelah bukti bayaran diterima.

Perbezaan/ kelebihan antara pinjaman konvensional dengan pinjaman Ujrah adalah seperti Jadual:

Bil Kriteria Konvensional Ujrah
1 Kadar kos Kos pentadbiran lebih tinggi iaitu 3% dan 5% atas baki berkurangan Kos upah lebih rendah iaitu 1% pada kadar rata
2 Perbandingan jumlah kos (penjimatan) - Penjimatan antara 47% hingga 49% dari kos pinjaman konvensional
3 Prinsip Tidak patuh syariah Patuh syariah
4 Jumlah kos bulanan

Kos pentadbiran bulanan berubah-ubah dan akan meningkat sehingga kadar maksimum* sekiranya bayaran balik tidak konsisten dan mempunyai tunggakan ansuran.

*Kos maksimum(sebulan) =

Prinsipal pinjaman x 3 %
12

Kos upah bulanan adalah sama pada setiap bulan sepanjang tempoh bayaran balik (kadar rata atau flat rate)
5 Jumlah ansuran bulanan Ansuran bulanan meningkat secara progresif pada 5 tahun pertama tempoh bayaran balik Ansuran bulanan sama pada setiap bulan (kadar rata atau flat rate) sepanjang tempoh bayaran balik.
6 Penstrukturan/ penjadualan semula pinjaman PTPTN TIDAK LAYAK. Peminjam perlu membuat pertukaran kepada pinjaman Ujrah terlebih dahulu sekiranya berhasrat membuat penstrukturan/ penjadualan semula pinjaman. LAYAK. Peminjam layak memohon penstrukturan/ penjadualan semula pinjaman.

Permohonan pertukaran Ujrah boleh dibuat di kaunter PTPTN di seluruh negara. Peminjam akan diberikan dokumen tawaran dan hendaklah mengembalikan kepada PTPTN sebelum tamat tempoh sah laku.

Tempoh sah laku bagi dokumen tawaran ialah 14 hari daripada tarikh surat tawaran. Peminjam hendaklah mengembalikan dokumen tawaran yang lengkap dalam tempoh sah laku ini. Dokumen yang tidak diterima dalam tempoh ini akan dibatalkan dan peminjam perlu membuat permohonan semula. Ini akan menyebabkan jumlah pinjaman semasa meningkat kerana pertambahan apa-apa kos (kos pentadbiran, kos duti setem, hutang takaful, kos penguatkuasaan/ kos guaman (sekiranya ada).

Berikut adalah 6 langkah untuk memohon pertukaran Ujrah:

  1. Lengkapkan Borang Kemaskini Maklumat: Boleh dimuat turun melalui portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my atau di kaunter PTPTN.

  2. Hantarkan Borang Kemas Kini Maklumat di kaunter PTPTN berhampiran.

  3. Lengkapkan 2 set dokumen tawaran Ujrah yang diperoleh beserta Setem Hasil RM10 setiap satu.

  4. Serahkan/poskan di mana-mana kaunter PTPTN berhampiran.

  5. Mulakan bayaran balik mengikut Jadual Bayaran Balik (JBB) baharu.

Tidak. Permohonan pertukaran Ujrah boleh dibuat pada bila-bila masa KECUALI dalam tempoh 27 haribulan bulan semasa hingga 5 haribulan bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, peminjam digalakkan untuk membuat pertukaran Ujrah lebih awal untuk menikmati penjimatan kos upah yang lebih tinggi.

Jadual menunjukkan perbandingan jumlah kos pentadbiran dengan jumlah kos upah (Ujrah) dengan penjimatan kos antara 47% hingga 49%:

Jumlah Pinjaman (RM) Tempoh Bayaran Balik Jumlah Kos Pentadbiran 3% Setahun (RM) Jumlah Ujrah 1% Setahun (RM) Penjimatan (RM) Penjimatan (%)
5,000 5 Tahun 474 250 224 47
10,000 5 Tahun 948 500 448 47
15,000 10 Tahun 2,940 1,500 1,440 49
21,000 10 Tahun 4,116 2,100 2,016 49
48,000 15 Tahun 13,829 7,200 6,629 48
64,000 20 Tahun 24,470 12,800 11,670 48
100,000 20 Tahun 38,235 20,000 18,235 48
150,000 20 Tahun 57,354 30,000 27,354 48