Ujrah: Pengiraan Ujrah

Polisi asas yang digunakan untuk pengiraan pertukaran Ujrah adalah seperti berikut:

  1. Jumlah prinsipal : Merujuk kepada baki pinjaman semasa keseluruhan (termasuk baki Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) sekiranya ada) pada akhir bulan sebelum tarikh kuatkuasa tawaran pertukaran Ujrah.

    Contoh : Sekiranya tarikh kuatkuasa tawaran Ujrah adalah pada 1 Oktober 2014, maka baki pinjaman yang digunakan ialah baki akhir 30 September 2014.

  2. Tempoh bayaran balik baharu : Ditentukan berdasarkan kepada jumlah prinsipal seperti berikut (tertakluk kepada had umur maksimum 60 tahun).

Bil Jumlah Prinsipal Tempoh Bayaran Balik Baharu
1 Sehingga RM10,000 60 Bulan (5 tahun)
2 Melebihi RM10,000 hingga RM22,000 120 Bulan (10 tahun)
3 Melebihi RM22,000 hingga RM50,000 180 Bulan (15 tahun)
4 Melebihi RM50,000 240 Bulan (20 tahun)

Formula pengiraan Ujrah adalah seperti berikut:

Jumlah Ujrah keseluruhan = Baki pinjaman semasa* x Kadar Ujrah (1%) x Tempoh bayaran balik (tahun)
Jumlah pinjaman Ujrah = Baki pinjaman semasa* + Jumlah Ujrah keseluruhan
Jumlah Ujrah sebulan = Baki pinjaman semasa* x Kadar Ujrah 1%
12 bulan
Jumlah ansuran bulanan = Jumlah pinjaman Ujrah
Tempoh bayaran balik baharu (bulan)

Nota: * Baki pinjaman semasa = Prinsipal baharu bagi pinjaman Ujrah

Contoh pengiraan:

Baki pinjaman semasa permohonan dibuat : RM19,432
Tempoh bayaran balik baharu : 10 tahun (120 bulan)
Jumlah Ujrah keseluruhan : RM19,432 x 1% x 10 tahun = RM1,943.20
Jumlah pinjaman Ujrah : RM19,432 + RM1,943.20 = RM21,375.20
Jumlah Ujrah sebulan :

RM19,432 x 1%
12

= RM16.19

Jumlah ansuran bulanan :

RM21,375.20
120 bulan

= RM178.13

Formula pengiraan ujrah adalah seperti berikut:

  1. Jumlah Pinjaman Setakat 01/05/2017

    Perkara Amaun (RM)
    Pinjaman Diploma 20,625.22
    Kos Pelbagai 516.00
    Jumlah Pinjaman 21,141.22
  2. Jumlah Sumbangan Takaful baharu

    Jumlah Sumbangan Takaful Baharu = Jumlah Pinjaman x (0.59/1000) x Tempoh

    = (RM21,141.22) x (0.59/1000) x (120/12)
    = RM124.73

  3. Jumlah Keseluruhan Pinjaman

    Formula:

    Jumlah Keseluruhan Pinjaman = Jumlah Pinjaman + Jumlah Sumbangan Takaful Baharu

    = RM 21,141.22+ RM124.73
    = RM 21,265.95

  4. Tempoh Bayaran Balik

    Formula:

    Tempoh bayaran balik adalah berdasarkan jumlah keseluruhan pinjaman.

    Bil Jumlah Keseluruhan Pinjaman Tempoh
    1 <RM10,001 60 bulan/ 5thn
    2 RM10,001 - RM22,000 120 bulan/ 10thn
    3 RM22,001- RM50,000 180 bulan/ 15thn
    4 >RM50,000 240 bulan/ 20 thn

    Jumlah Keseluruhan Pinjaman RM 21,265.95. Tempoh Bayaran Balik adalah 10 tahun (120 bulan)

  5. Upah Pengurusan Pinjaman

    Formula:

    Upah Pengurusan Pinjaman = Jumlah Keseluruhan Pinjaman x 1% x Tempoh Bayaran Balik

    = RM 21,265.95 x 1% x 10 tahun
    = RM 2126.60

  6. Ansuran Bulanan

    Formula:

    Ansuran Bulanan = (Jum. Keseluruhan Pinjaman + Upah Pengurusan Pinjaman) /Tempoh Bayaran Balik

    = (RM 21,265.95 + RM 2126.60) / 120 bulan
    = RM 194.94