Ujrah: Bayaran Balik
Anda dikehendaki meneruskan bayaran balik sepanjang tempoh proses penawaran Ujrah. Sebarang bayaran balik akan dikemas kini ke akaun pinjaman Ujrah selepas dokumen tawaran Ujrah yang lengkap dikembalikan dalam tempoh yang ditetapkan.
Sekiranya anda telah bertukar Ujrah tetapi masih tidak berkemampuan untuk membuat bayaran balik bulanan seperti yang ditetapkan, anda layak untuk membuat penstrukturan semula pinjaman bagi mendapatkan ansuran bulanan yang lebih rendah. (Rujuk Soalan Lazim (FAQ) Penjadualan/ Penstrukturan Semula Pinjaman).
Peminjam tidak dibenarkan membuat potongan gaji kurang daripada JBB baharu iaitu RM150 yang ditawarkan. Peminjam perlu membuat permohonan perubahan potongan gaji. Sekiranya tidak mampu, peminjam boleh memohon penstrukturan semula pinjaman.
Peminjam perlu mengisi Borang Kebenaran Potongan Gaji Bayaran Balik yang baharu dan mengemukakannya kepada PTPTN. Walau bagaimanapun, pindaan amaun yang dibenarkan adalah bersamaan atau melebihi ansuran bulanan mengikut JBB baharu.
Peminjam perlu menjelaskan sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah tunggakan, keseluruhan kos penguatkuasaan dan kos pelbagai terlebih dahulu sebelum permohonan pertukaran Ujrah dibuat.