Potongan Gaji (Tindakan Peminjam):

Peminjam boleh memohon secara online untuk membuat potongan gaji atau hadir ke kaunter PTPTN yang berdekatan.

Bayaran balik melalui potongan gaji dapat mengelakkan tunggakan kerana dibuat secara konsisten sekaligus mengelakkan peminjam daripada sebarang tindakan penguatkuasaan seperti senarai hitam dan saman. Rekod pinjaman di CCRIS juga akan menjadi baik. Bagi penjawat awam, bayaran balik melalui potongan gaji adalah wajib selaras dengan arahan Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada September 2015.

Langkah pertama, peminjam dikehendaki melengkapkan Borang Kebenaran Potongan Gaji yang terdapat di Portal Rasmi PTPTN dan menyerahkannya bersama-sama salinan slip gaji terkini di mana-mana cawangan PTPTN. Seterusnya, PTPTN akan mengemas kini rekod potongan gaji ke dalam sistem PTPTN dan mengemukakan jumlah potongan gaji tersebut kepada majikan. Setelah majikan melaksanakan potongan gaji, PTPTN akan mengemas kini maklumat pembayaran di dalam penyata. Semakan rekod bayaran balik yang telah dikemaskini boleh dibuat di Penyata Pinjaman.

PTPTN melaksanakan potongan gaji mandatori sekiranya tidak menerima sebarang bayaran balik daripada peminjam dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh surat Arahan Rundingan Untuk Bayaran Balik Pinjaman PTPTN. Ruang rundingan masih dibuka sekiranya peminjam tidak mampu dengan amaun ansuran yang dinyatakan dan mereka perlu hadir ke PTPTN dalam tempoh 14 hari daripada tarikh surat.

Tidak boleh. Ansuran bulanan bayaran balik melalui potongan gaji adalah berdasarkan Jadual Bayaran Balik yang telah dibina. Peminjam boleh membuat bayaran balik melalui lain-lain saluran yang disediakan.

Di antara sebab potongan gaji gagal dibuat ialah kerana maklumat potongan gaji yang diberikan peminjam seperti No Gaji dan Kod Pejabat Perakaunan berbeza dengan pengkalan data majikan. Sehubungan dengan itu, peminjam dikehendaki menyerahkan salinan slip gaji yang terkini dengan PTPTN bersama-sama Borang Kebenaran Potongan Gaji yang telah lengkap.

Potongan gaji akan dibatalkan jika peminjam telah melangsaikan keseluruhan hutang pinjaman, telah berhenti kerja dan disahkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.

Peminjam perlu memaklumkannya kepada PTPTN dengan mengisi Borang Kebenaran Potongan Gaji untuk potongan dengan majikan yang baharu. Rekod potongan gaji dengan majikan lama akan dibatalkan dan urusan potongan gaji seterusnya akan dibuat dengan majikan yang baharu.

Peminjam yang telah dikenakan senarai hitam dan saman perlu menyelesaikan urusan senarai hitam dan saman terlebih dahulu. Peminjam perlu hadir berunding ke mana-mana cawangan PTPTN jika telah disenarai hitam atau Bahagian Perundangan dan Pendakwaan di ibu pejabat Kuala Lumpur sekiranya telah disaman

Boleh. Peminjam perlu melengkapkan Borang Kebenaran Potongan Gaji dengan jumlah potongan yang baharu.

Tidak boleh. Sekiranya tidak mampu membuat bayaran berdasarkan ansuran mengikut jadual yang ditetapkan, peminjam dicadangkan membuat penjadualan semula pinjaman.

Peminjam boleh membuat potongan gaji mengikut jadual ansuran bulanan asal tetapi perlu menyelesaikan tunggakan terlebih dahulu bagi memastikan rekod bayaran balik tiada tunggakan. Sekiranya tidak mampu, peminjam perlu membuat penjadualan semula pinjaman bagi mendapatkan jumlah ansuran baharu dengan mengambilkira jumlah tunggakan.

Peminjam perlu merujuk kepada majikan dengan kadar segera agar majikan boleh membuat semakan semula dengan PTPTN.

Peminjam dikehendaki menjelaskan ansuran bulanan melalui saluran lain bagi mengelakkan tunggakan dan tindakan penguatkuasaan.

Peminjam perlu membuat pindaan jumlah potongan gaji berdasarkan kepada jumlah di dalam perjanjian Ujrah dengan mengisi Borang Kebenaran Potongan Gaji yang baharu. Sekiranya jumlah di dalam perjanjian Ujrah lebih rendah daripada potongan gaji sedia ada, peminjam digalakkan untuk mengekalkan jumlah potongan tersebut bagi menikmati penjimatan kos upah dan menyelesaikan pinjaman lebih awal.

Jumlah ansuran potongan gaji terkini akan kekal mengikut potongan Konvensional. Sekiranya jumlah ansuran baharu (Ujrah) lebih tinggi, ia akan menyebabkan berlakunya tunggakan.

Bayaran balik melalui potongan gaji akan dikemaskini di dalam penyata pinjaman peminjam selewat-lewatnya pada bulan berikutnya setelah pembayaran diremitkan oleh majikan ke PTPTN.